Tuesday, March 20, 2007

Kereta Kebal "NAZI" era perang Dunia ke 2

PANZERKAMPFWAGEN III

Panzer III
 Panzerkampfwagen III (PzKpfw III), lebih dikenali sebagai Panzer III, merupakan kereta kebal ringan yang dibina oleh Jerman pada awal 1930an. Prototype pertama di reka oleh Daimler-Benz pada tahun 1936 dan memasuki produksi pada tahun 1939. Panzer III gunakan secara meluas pada perang Dunia Ke 2.

Mempunyai berat keseluruhan ialah 21.5 tan. Senjata utama ialah meriam 50mm dan dilengkapi dengan mesingan 2 x 7.90 mm MG 34. Krew Panzer III terdiri dari 5 anggota ( Komander, Juru meriam, loader, driver and radio operator).

Panzer III dilengkapi dengan enjin 320 hp, 12-cylinder Maybach HL 120 TRM.

Dalam sejarah peperangan Panzer III ini digunakan dalam kempen menawan Poland, France, Soviet Union dan di Afrika Utara. Sesetengahnya masih digunakan di Normandy pada 1944.


PANZERKAMPFWAGEN IV

Panzer IV
  Panzerkampfwagen IV (PzKpfw IV) atau lebih dikenali sebagai Panzer IV, merupakan kereta kebal (medium) yang dibina oleh Jerman untuk kegunaan dalam perang dunia ke II. Di bina untuk mengantikan Panzer III . 

Prototype pertama di bina dalam tahun 1934. Memasuki produksi pada tahun 1939 dan terus dikeluarkan sehingga tahun 1945. Sebanyak 9000 buah dihasilkan sepanjang perang dunia ke II.

Mempunyai berat keseluruhan 23 tan. Meriam utama ialah 75 mm KwK 40 L/48. Dilengkapi dengan 2 mesingan 7.92 mm Maschinengewehr 34 (3150 round). Peluru meriam ialah jenis High-Explosive (HE). Krew terdiri dari 5 anggota (Komander, Juru meriam, loader, pemandu and radio operator)

Dilengkapi dengan enjin 320 hp (239 kW), 12-cylinder Maybach HL 120 TRM. (petrol).
Semasa perang, Panzer IV telah diekspot dan digunakan oleh Negara Hungary (52), Romania (100), Bulgaria (88), Finland (15), Sepanyol (20) dan tentera Croatia. Pada 1943 sejumlah kecil PanzerIV Ausf G dijual kepada Turki.
.
Panzerkampfwagen IV merupakan kereta kebal utama bagi Jerman Penzertruppen dalam perang dunia ke II dan bertempur di setiap medan perang. Ini menjadikan Panzer IV dihormati oleh krew yang mengendalikannya dan juga musuhnya.

PANZERKAMPFWAGEN V (PANTHER)

Panther
 Panzer V atau Panther merupakan salah satu kereta kebal kategori (medium-heavy tank) yang berkhidmat dalam angkatan tentera Jerman dalam perang dunia ke II, iaitu pertengahan tahun 1943 sehingga tamat perang di Eropah pada tahun 1945. 

Ianya dibina untuk menangani kehebatan kereta kebal buatan Russia iaitu T34 selain itu bertujuan untuk menggantikan Panzer III dan IV. Merupakan salah satu kereta kebal yang terbaik dalam perang Dunia ke II selain dari T34/85.
Panzer V
Prototype Panther (VK3002) di reka oleh Maschinenfabrik Augsburg-Nurnberg AG (MAN) pada 1942 dan memasuki produksi sepenuhnya pada tahun 1943. Sebanyak 6000 buah Panther telah dihasilkan sehingga akhir March 1945.
.
Berat keseluruhan 44.8 tan. Meriam utama ialah 75mm KwK 42 L/70 & dilengkapi dengan 2 mesingan 7.92mm MG34. Krew terdiri dari 5 anggota ( Komander, Juru meriam, loader, pemandu dan radio operator). Peluru meriam yang digunakan ialah dari jenis APCBC-HE, APCR dan HE.
.
Dilengkapi dengan enjin Maybach HL 230 P 30 / 12-cylinder / 700hp dengan kelajuan 46 km/j.

Kehebatan Panther di medan perang terbukti dimana dalam pertempuran berhampiran "Kolomak" pada 13 september 1943, Tentera Jerman telah berjaya memusnahkan 28 buah kereta kebal T34 Russia tanpa sebarang kemusnahan di pihak Jerman.

Semasa pertempuran di sekitar Siedlce pada 28/29 Julai 1944, Rejimen ke 5 SS Panzer telah berjaya memusnahkan sebanyak 107 buah kereta kebal Russia (termasuk T34, Sherman dan Valentine) berbanding hanya 6 buah sahaja yang musnah di pihak Jerman ( 1 Panzer IV dan 5 Panther)

Pzkpfw TIGER I

Tiger Tank ( Panzerkampfwagen VI Tiger I) mula diperkenalkan pada tahun 1942 dan merupakan kereta kebal yang terkuat pada masa perang dunia ke II. Dua buah firma telah diarahkan oleh Hitler iaitu Porsche of Stuttgart dan Henschel and Sohn of Kassel untuk mereka cipta sebuah kereta kebal baru yang lebih efektif untuk memusnahkan kereta kebal musuh, mempunyai ketebalan armor yang lebih dari kereta kebal yang sebelum ini dan kelajuan 40 km/j.

Prototype rekaan firma Henschel and Sohn of Kassel di terima oleh pihak Jerman dan memasuki produksi pada bulan Agos 1942.

Berat keseluruhan Tiger I ialah 50 tan. Meriam utama 88mm KwK 36 (56 caliber/92 round) dan dilengkapi dengan 2 x 7.92mm MG 34. Krew terdiri dari 5 anggota ( Komander, Juru meriam, loader, pemandu dan radio operator).

Enjin Tiger I pada versi awal ialah V12 Maybach HL 210 P45 (650hp) kemudian ditukar kepada V12 Maybach HL 230 P45 (700hp) untuk keluaran versi yang seterusnya. Kelajuan diatas jalan ialah 38 km/j.
Antara april 1942 dan ogos 1944 hanya sebanyak 1349 unit kereta kebal Tiger 1 dihasilkan, ini disebabkan beberapa kelemahan iaitu kos yang tinggi untuk menghasilkan 1 unit Tiger, sukar untuk diselenggarakan dan penggunaan minyak yang tinggi. Menyebabkan ianya tidak banyak dihasilkan.



No comments: