Friday, May 11, 2007

Skyhawk A-4PTM (Peculiar to Malaysia)

A-4 Skyhawk adalah sejenis pesawat penyerang yang direka khusus oleh Firma McDonnell-Douglas (kini Boeing) untuk di operasikan pada kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat

Kapal terbang ini masih dalam perkhidmatan dengan angkatan tentera beberapa buah negara seperti Argentina

Malaysia adalah salah satu negara yang pernah menggunakan khidmat pesawat ini yang diberi nama A-4PTM (Perculiar to Malaysia) sekitar pertengahan 1980an.

Pesawat A-4 Skyhawk dicipta oleh Ed Heinemann untuk memenuhi keperluan Tentera Laut yang mencari kapal terbang bagi menggantikan pesawat A-1 Skyraider. Beliau memilih untuk mencipta pesawat yang paling ringan dan paling kecil dan paling mudah dikendalikan.

Dalam tahun 1952, Tentera Laut memberikan kontrak kepada McDonnell-Douglas untuk pembekalan kapal terbang A-4 Skyhawk. Penerbangan sulung dilakukan pada 22 Jun 1954 dan penghantaran kepada skuadron Tentera Laut dan Kor Marin bermula pada akhir tahun 1956. Skyhawk berterusan dibuat sehingga tahun 1975 dengan 2960 unit dibina, termasuk 555 pesawat dua tempat duduk.

Tentera Laut mula menarik baik pesawat A-4 Skyhawk daripada perkhidmatan skuadron dalam tahun 1967 untuk penggantian dengan pesawat A-7 Corsair II. Kor Marin terus menggunakan pesawat A-4 Skyhawk sehingga pertengahan tahun 1990-an apabila ianya digantikan oleh pesawat AV-8 Harrier.


A4 Skyhawk TUDM

Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 88 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang berharga RM 8 juta sebuah. 


Bagaimanapun hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 48 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.

Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans.
.
A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick.

6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40). 

Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.
.
Malangnya tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan kematian juru terbang. 

Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994. 
.
Spesifikasi A-4 Skyhawk PTM
Juruterbang : ...........Seorang dan 2 orang (versi TA-4PTM)
Enjin : .......................Wright J65-W-20
Panjang Sayap : .....8.38m
Panjang : ................12.6m
Tinggi: .....................4.57m
Kelajuan maksima:  1083 km/j
Had penerbangan:  12,192m
Persenjataan: .........Meriam ringan kaliber 20mm, boleh membawa pelbagai jenis bom,
................................misil AIM-9 sidewinder udara ke udara dan AGM-65 Maverick udara ke 
                                darat

No comments: