Tuesday, July 10, 2007

SUKHOI SU 30 MKM/MKI


Hasrat Malaysia untuk memiliki pesawat tempur termoden di dunia, Sukhoi SU 30-MKM, akhirnya menjadi kenyataan apabila dua daripada 18 pesawat yang ditempah pada 2003 tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan pada 18 Jun lalu, menggunakan pesawat pengangkut, Antonov AN-124 dari Siberia, Russia. 

Berharga RM190 juta sebuah, pembelian pesawat itu satu pelaburan berbaloi untuk jangka masa panjang, khusus untuk memodenkan aset taktikal dan strategik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke arah meningkatkan sistem pertahanan udara negara.

Dengan jolokan Pahlawan udara Sejagat Sukhoi SU 30-MKM mempunyai pelbagai kelebihan termasuk kepelbagaian fungsinya sebagai pesawat pengempur, pemintas dan pengebom. 

Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengambil alih peranan sebagai pusat kawalan dan pemerintahan (CCC) bagi menyelaraskan serangan ke sasaran stategik musuh, terutama dalam keadaan kecemasan selain unit sokongan kepada sistem Amaran Awal Udara (AEWC).

Malaysia merupakan antara negara di Asia yang menggunakan pesawat pejuang Sukhoi Su-30 versi Malaysia (MKM). Negara lain yang mengoperasikan pesawat pejuang/pengebom MRCA ini ialah China, India dan juga Indonesia. Dengan kelebihan ini, secara tidak langsung menjadikan TUDM setanding angkatan udara negara maju lain didunia.

Rekabentuk Sukhoi Su-30MKM

Mempunyai rekabentuk earodinamik dan tujahan enjin berkuasa tinggi. Boleh mencapai kelajuan sehingga 2500 km/j pada ketinggian 17,700 meter dari paras laut. 


Mampu melakukan pusingan 360 darjah tanpa kehilangan altitud penerbangannya dan mampu menjadi pesawat pemintas yang digeruni lawan.
Tandingannya ialah pesawat F-22 Raptor buatan Amerika Syarikat.

Sukhoi Su 30 ini mampu terbang antara 4 hingga 5 jam tanpa henti. Jangkauan operasi adalah melebihi 8000 kilometer. Pesawat ini juga dilengkapi dengan peralatan pengisian minyak diudara dan boleh beroperasi diwaktu malam dan pelbagai keadaan cuaca. Enjin yang digunakan ialah 2 enjin Satin/Lyulka AI-31FP Turbofan.

Sistem Radar dan PersenjataanMenggunakan teknologi GPS yang berkeupayaan mengesan sasaran sehingga jarak maksimum 400km. Manggunakan sistem avionik yang termaju yang mampu mengesan 15 sasaran secara serentak dan menyerang 4 daripadanya. Dilengkapi denga skrin LCD pelbagai fungsi dengan imej atau sasaran boleh dipaparkan terus ke cermin depan topi keledar juruterbang dan cermin atas tempat duduk.

Sistem persenjataan yang digunakan ialah mesingan automatik GSH-301(150 putaran tembakan seminit). Peluru berpandu BVR (Beyond Visual Range), RW-AE, bom pandu arah jenis KAB-500 dan KAB 1500


Data Teknikal SU 30-MKM

Pembekal : Rosoboronexport FSUE
Buatan : Irkut Aviation Corporation/ Sukhoi Company
Fungsi : Pesawat Tempur/Pemintas/Pengebom
Muatan : Dua tempat duduk
Enjin : 2x Satin/Lyulka AI-31FP Turbofan
Berat : 33000 kilogram (lengkap dengan sistem persenjataan)
Panjang : 21.94 meter
Tinggi : 6.4 meter
Sayap : 14.7 meter

No comments: