Wednesday, September 12, 2007

PT-91 TWARDY DARI POLAND

PT-91 Twardy
The PT-91 Twardy ("tough" or "resilient") merupakan kereta kebal utama bagi tentera Poland. Ianya merupakan satu program permodenan secara ekstensif kereta kebal T-72M1. Mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1995. PT-91 ini direka oleh OBRUM ( Research and Development Centre of Mechanical Systems) dan dikeluarkan oleh syarikat Bumar Labedy.

Perubahan yang dibuat dari T-72 ialah penstabil dual axis untuk sistem kawalan tembakan, Armor reaktif , enjin S12U yang lebih berkuasa 850hp dan transmisi hidraulik dengan tujuh gaer hadapan dan satu gear mengundur.

Pada tahun 1995 PT 91 telah melalui fasa permodenan peringkat kedua kepada PT-91A standard, termasuk mempunyai enjin yang lebih berkuasa iaitu 1000hp, sistem kawalan tembakan yang lebih canggih dan automatik loader yang baru.

Pada 1993 Kementerian Pertahanan Poland telah memesan 20 buah kereta kebal PT-91 untuk diuji oleh pihak tentera.
.
PT-91M (M- untuk Malaysia)


Pada Mar 2002, Malaysia telah menyatakan hasratnya untuk membeli sebanyak 48 buah PT-91M Twardy yang telah dimodenkan dan 14 buah kenderaan sokongan ( 6 WZT-4 armoured recovery vehicle, 3 MID-M engineering tank and 5 PMC Leguan - armoured vehicle-launched bridge) yang bernilai $275 juta Dolar Amerika. Penghantaran akan bermula pada tahun 2005 dan akan selesai pada tahun 2007.

Semasa proses pembelian, pihak Bumar sudah mengirimkan satu unit PT91 untuk diuji dan dioperasikan di Malaysia (prototype PT-91M improvement), guna menjelajah kawasan bentuk muka bumi yang berbagai yang ada di  Malaysia dan telah mengharungi jarak pengujian sekitar 2.100 km. Dan dilanjutkan tahap pengujiannya di Poland, termasuk pelaksanaan penembakan oleh juru uji  dari Malaysia.

Versi ekspot untuk Malaysia ini dilengkapi dengan Sistem kawalan tembakan SAGEM Savan-15 buatan Perancis , enjin S-1000 (1000hp) dengan kelajuan mencapai 70 km/j dan sistem komunikasi yang canggih.

Meriam yang digunakan ialah 2A46MS 125mm, mesingan coaxial 7.62mm FN MAG dan mesingan FN Browning M2 HB AA 12.7mm. Versi ekspot ini juga dilengkapi dengan Sagem VIGY 15 gyro-stabilised panoramic sight optronics , sistem navigasi Sigma 30 laser gyro , sistem amaran PCO SSP-1 Obra-3 laser, pelancar granade Wegmann 76mm dan trek jenis 570P Diehl Remscheid GmbH.

Sistem armor komposit; depan dan sisi – Armor meliputi bahagian depan, sisi dan bahagian atas dilapisi ERA Erawa-1/Erawa-2, steel side anti-cumulative screen.

Baru-baru ini dalam perarakan kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun. Enam buah kereta kebal PT-91M (versi Malaysia) telah menyertai perarakan dan dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.



No comments: