Tuesday, November 13, 2007

"KRI DIPONEGORO" KORVET KELAS SIGMA.

KRI Diponegoro - SIGMA Class
Di dalam memperkasakan lagi angkatan lautnya, Indonesia telah merancang dan memesan sebanyak 4 buah kapal Korvet Kelas SIGMA ini yang mana dibina di Vlissingen dan Damen's Schelde Naval Shipbuilding, Belanda dan bukannya di Surabaya seperti yang dinyatakan pada awalnya.

Rekabentuk kapal ini dibina secara unik sesuai dengan bentuk SIGMA yang bermaksud Ship Integrated Geometrical Modularity Approach.

Pihak Belanda pernah berbincang untuk mengantikan kapal-kapal Frigatnya dengan kapal korvet jenis ini, tetapi akhirnya telah memutuskan untuk membina kapal OPV (Ocean Patrol Vessels) yang mempunyai rekabentuk yang berbeza.

Kapal Korvet Indonesia ini adalah berdasarkan versi rekabentuk Sigma 9113. Pembinaan dimulakan dengan kapal KRI Diponegoro (365) pada October 2004, dan ditauliahkan dalam perkhidmatan pada 2 July 2007 oleh Admiral Slamet Soebijanto, Panglima Angkatan Tentera Laut Indonesia.

Seterusnya kapal KRI Hasanuddin (366) yang akan ditauliahkan pada penghujung tahun 2007. Dua lagi Kapal Korvet SIGMA ini iaitu KRI Sultan Iskandar Muda dan KRI Kaisiepo akan dibina di Limbungan Vlissingen-Oost dijangka akan ditauliah pada tahun 2008-2009.

Bahagian -bahagian kapal
Korvet Kelas SIGMA ini dibina secara flexibility dan affordability sebagai Naval Patrol Vessel yang mampu dioperasikan dalam pelbagai cuaca. Jumlah anak kapal yang dibawa ialah 80 orang dari pelbagai pangkat. Berat keseluruhan kapal ini ialah 1692 tan, panjang 90.71 meter, lebar 13.02 meter dan draught 3.6 meter.

Kelajuan maksima kapal ini boleh mencapai 28 knot dan kelajuan ekonominya ialah 14 knot dengan Jarak rondaan yang mampu dilakukan oleh kapal ini ialah 4800 batu nautika.

Kuasa pendorong utama kapal ini ialah 4 buah enjin Caterpillar 3406C TA generator berkuasa 350 kW setiap satu dan 1 enjin Caterpillar 3304B emergency generator berkuasa 105 kW serta 2 x shaft dengan Rolls Royce Kamewa 5 bladed CP propeller.

Sistem Persenjataan dan Radar
Meriam Oto Melara pada KRI Kaisiepo

Dilengkapi dengan meriam utama iaitu Oto Melara 76mm Super Rapid yang terletak di geladak hadapan. Di sokong oleh 2 meriam sekunder 20mm Denel Vektor G12.

Sistem persenjataan yang lain ialah 2 unit Misil anti-serangan udara jenis MBDA Mistral TETRAL, Misil anti-kapal permukaan 4 unit MBDA Exocet MM40 Block II dan 2 pelancar torpedo jenis B515

Sistem radar yang digunakan ialah :-

Sistem Kombat : Thales TACTICOS dengan 4 x Multifunction Operator Console Mk 3 2H
Sistem radar mencari dan mengesan : MW08 3D multibeam surveillance radar
IFF: Thales TSB 2525 Mk XA (integrated with MW08)
Sistem Radar Navigasi : Sperry Marine BridgeMasterE ARPA
Radar Kawalan Tembakan: LIROD Mk 2 tracking radar
Sistem Peperangan Elektronik :- ESM: Thales DR3000
ECM: Racal Scorpion 2L
Decoy: TERMA SKWS, DLT-12T

No comments: