Thursday, December 13, 2007

SUKHOI 24 ("FENCER")

Sukhoi Su-24 ( Fencer) merupakan pesawat penyerang pelbagai peranan dan cuaca yang termoden dari Russia (Soviet Union) dalam tahun 1970an and 1980an.

Pesawat ini mempunyai banyak persamaan dengan pesawat F111 buatan Amarika Syarikat dikatakan merupakan saingan bagi pesawat buatan Amerika ini. 

Sekurang-kurangnya terdapat 500 buah Fencer keluarkan oleh pihak Russia dan ada yang masih berkhidmat dengan tentera laut dan dieskpot ke beberapa buah negara luar.

 
Pesawat pertama yang dikeluarkan telah melakukan penerbangan sulongnya pada 31 Desember 1971 dan seterusnya pada 4 Februari 1974 pesawat T-6 (nama kod) telah diserapkan dalam perkhidmatan dan diberi nama Su-24.

Pesawat ini pernah berkhidmat dalam peperangan di Afghanistan pada 1984 dan sekali lagi dilihat beraksi dalam konflik di Chechen pada tahun 1990an. Su-24 masih lagi beroperasi di negara bekas Soviet,
Azerbaijan, Belarus, Kazakhstan, Uzbekistan and Ukraine
Sistem Persenjataan dan Enjin

Su-24 Fencer di lengkapi dengan 2 enjin
Saturn/Lyulka AL-21F-3A afterburning, enjin turbojet dengan109.8 kN (24,700 lbf) thrust setiap satu. Kelajuan maksima Su-24 boleh mencapai sehingga 2320km/h (1440mph) bersamaan Mach 2.18.
Enjin Saturn/Lyulka AL-21
 Su-24's dilengkapi dengan sistem persenjataan yang dikenali sebagai "single fast-firing" GSh-6-23 cannon dengan 500 round peluru. 
mesingan GSH-6-23


Di awal produksi Su-24 hanya mampu membawa muatan persenjataan 7000 kg ( lb) dengan hanya 6 hardpoint, tetapi untuk pengeluaran yang seterusnya terdapat penukaran dalam rekabentuk menyaksikan penambahan 2 lagi pilon pada bawah sayap dan satu dibahagian tengah dibawah tangki minyak. 

Dengan jumlah 9 hardpoint Su-24 mampu membawa bebanan persenjataan menjadi 8000 kg(17,637lb). Pesawat ini juga membawa 2 atau 4 misil R-60 (NATO AA-8 'Aphid') infrared untuk pertahanan diri.




No comments: