Wednesday, January 2, 2008

F5E FREEDOM FIGHTER


F-5A/B Freedom Fighter dan F-5E/F Tiger II digunakan secara meluas sebagai "light supersonic fighter aircraft", direkacipta dan dibina oleh Northrop di Amerika Syarikat (United States), bermula dalam tahun 1960an. 

Terdapat beratus buah yang masih berkhidmat dalam tentera udara di seluruh dunia pada awal abad ke 21. 

Pengeluarannya dihentikan pada tahun 1972 untuk jenis F-5A dan 1987 bagi F-5E yang telah ditingkat upaya.
Generasi pertama F-5 Freedom Fighter ini memasuki pertauliahan khidmat pada tahun 1960an. Terdapat lebih 800 buah dihasilkan sepanjang tahun 1972 untuk sekutu A.S semasa era perang Dingin. 


Generasi kedua yang telah ditingkat upaya iaitu F-5E Tiger II telah menjadi kegunaan utama sekutu A.S di era perang dingin dan juga di A.S sebagai pesawat latihan. Jumlah yang telah dihasilkan mencapai 1400 buah sehingga pengeluarannya dihentikan pada 1987.


Masih banyak lagi F-5 yang masih berkhidmat dalam tahun-tahun 1990an dan 2000 ke atas telah melalui program tingkat upaya. 

Pesawat F-5 ini terbukti merupakan pesawat kombat yang berjaya untuk sekutu-sekutu Amerika Syarikat, tetapi tidak pernah berkhidmat di dalam tentera Amerika Syarikat.





F5E Malaysia

F5E/ RF5F Malaysia adalah merupakan antara yang jet pejuang yang tercanggih dan termaju di Asean pada tahun 1970an. Telah berkhidmat dalam TUDM dengan jayanya selama lebih 20 tahun. 

Pada tahun 1975 Malaysia telah memesan sebanyak 14 buah F5E dan 2 buah F5F (versi latihan) semuanya untuk kegunaan TUDM pada waktu itu bagi mengantikan pesawat F86 Avon Sabre yang telah berkhidmat sejak tahun 1969. Khidmatnya di udara kemudiannya diambil alih oleh A4 Skyhawk pada tahun 1980an.


Untuk meminimakan aset yang tidak dioperasikan, Pihak tentera udara Malaysia dan kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk mengaktifkan semula 7 buah F5E yang tinggal sebagai pesawat pejuang barisan kedua bermula akhir 2006/07. 

Walaupun dari segi kemampuannya tidaklah sebaik dibandingkan dengan MIG 29, Sukhoi SU-30MKM ataupun Hawk British tetapi ia masih merupakan ancaman kepada pesawat pejuang musuh yang cuba mengancam negara.


Spesifikasi Pesawat


Krew: 1
Panjang: 47 ftin (14.45 m)Wingspan: 26 ft 8 in (8.13 m)
Tinggi: 13 ft 4½ in (4.08 m)
Bahagian Sayap : 186 ft² (17.28 m²)Airfoil: NACA 65A004.8 root, NACA 64A004.8 tip
Berat kosong: 9,558 lb (4,349 kg)Maks berat penerbangan: 24,664 lb (11,187 kg)
Enjin: 2× General Electric J85-GE-21B turbojet
Tujahan kering: 3,500 lbf (15.5 kN) each
Thrust with afterburner: 5,000 lbf (22.2 kN) each
* Zero-lift drag coefficient: 0.0200Drag area: 3.4 ft² (0.32 m²)Aspek ratio: 3.86
Tangki dalaman: 677 US gal (2,563 L)
Tangki luaran: 275 US gal (1,040 L) per tangki boleh ditambah 3 tangki.


Kelajuan maksima: 917 kn (1,060 mph, 1,700 km/h, mach 1.6)
Kombat radius: 760 nmi (870 mi, 1,405 km)






Sistem Persenjataan


Guns: 2× 20 mm Pontiac M39A2 cannon in the nose, 280 rounds/gun - twin seater fighter only
Missiles:
Total of up to 7,000 lb (3,200 kg) of ordnance.AIM-7 Sparrow
AIM-9 Sidewinder
AGM-65 Maverick
AIM-120 AMRAAM
Bombs:
M129 Leaflet bomb
500 lb (225 kg) Mk82
2,000 lb (900 kg) Mk84
CBU-24/49/52/58 cluster munitions

1 comment:

Muhammad zulkifli said...

tahniah kerana membuat blog camni.saya memana penggemar blog camni.follow saya untuk berkongsi tip dan cerita sekian.