Israel telah mengarahkan kapal selamnya beroperasi di perairan Iran selepas jangkaan perang akan berlaku antara kedua-dua negara itu.
Dunia sudah maklum bahawa negara itu memang risau akan keupayaan Iran untuk menghasilkan senjata nuklear dan sekaligus mengugat cita-cita Israel terhadap Asia Barat.
Namun persoalannya bagaimana regim Zionis itu akan melakukanya, maka laluan terpantas adalah dengan menghantar kapal selamnya dari persisiran pantai laut Mediterranean melalui Terusan Suez.
Dalam erti kata lain, ia tidak mungkin berlaku kerana kapal selamnya terpaksa melalui Mesir. Bagi mengelak kapal selam diperiksa pihak berkuasa mesir, ia disembunyikan dibawah kapal kargo yang akan belayar hingga ke perairan Teluk. Senario ini dibentangkan secara terperinci dalam novel karangan Shlomo Erell, Undersea Diplomacy.
Apakah benar ia merupakan rancangan yang akan dilaksanakan Israel? bagaimanapun Erell bukanlah penulis sembarangan, merupakan bekas ketua turus tentera laut Israel, beliau terbabit dan memiliki maklumat mengenai rancangan paling sulit regim Zionis.
"Ini adalah satu rekaan tapi berdasarkan maklumat yang sah", katanya apabila ditanya.
Israel memiliki tiga kapal selam Dolphin berkuasa Diesel-Elektrik dengan dua lagi sedang dibina oleh syarikat Jerman, Howaldswerke-Deutsche Werft yang memberi diskaun tinggi sebagai bantuan untuk negara yahudi itu.
Bagaimanapun kemampuan kapal selam Israel tidak diketahui malah ada pihak yang mendakwa ia mampu mengangkut peluru berpandu nuklear.
Penganalisis percaya, tindakan memperbesarkan kumpulan kapal selamnya sebagai rancangan Israel mengancam Iran terhadap kemungkinan negara itu memiliki senjata nuklear pada masa akan datang.
Pada masa ini sistem persenjataan Iran tidak mungkin mampu menghalang sebarang senjata nuklear yang dilancarkan Israel. Namun, sasaran di Iran terlalu banyak dan terlalu jauh untuk pesawat Israel.
Pada masa sama Turki dan negara Arab yang lain tidak akan membenarkan Israel menggunakan ruang udara mereka.
Israel yang didakwa memiliki peluru berpandu antara benua turut sukar membuat serangan mengejut kerana saiznya yang terlalu kecil. malah ujian peluru berpandu mengejut pada Januari lalu telah menjadi berita hangat dalam beberapa minit sahaja pada penduduk sekitar.
Atas sebab itulah, hanya kapal selam yang ditempatkan di perairan berhampiran mampu melaksanakan strategi yang dikehendaki oleh Israel.

No comments:
Post a Comment