Monday, March 2, 2009

KAPAL SELAM BRITISH-PERANCIS BERLANGGAR


HMS Vanguard (kiri) milik tentera British berlanggar dengan Le Triomphant milik tentera Perancis

Dua kapal selam nuklear, milik tentera British dan Perancis berlanggar di Lautan Atlantik pada awal bulan Februari, menurut laporan dari akhbar The Sun, United Kingdom. 

Akhbar tersebut memberitahu bahawa, kedua-dua kapal selam HMS Vanguard dan Le Triomphant rosak dalam kejadian itu tetapi tiada laporan kerosakan pada bahagian nuklearnya.


Kapal selam tentera British kini ditunda ke pelabuhan Faslane di Scotland untuk dibaik pulih. Kedua-dua kapal selam berkenaan setiap satu membawa kira-kira 250 orang anak kapal, dilaporkan berada diatas permukaan laut dan dalam misi berbeza ketika berlanggar pada 4 Februari lalu. 

Kapal selam perancis pula mengalami kerosakan pada bahagian sonar dan berupaya kembali ke Brest dengan kuasa yang masih ada.


Kementerian pertahanan UK enggan memberi komen mengenai operasi kapal selam berkenaan tetapi jurucakapnya berkata kami boleh mengesahkan bahawa keupayaan memcegah yang dimiliki oleh UK kekal tidak terjejas pada setiap masa dan keselamatan nuklear juga tidak dikompromi"


HMS Vanguard adalah satu daripada empat kapal selam nuklear yang dikendalikan oleh tentera British sebagai sebahagian daripada sistem Trident yang sentiasa mengadakan rondaan pencegahan. Setiap kapal berukuran 150 meter panjang dan 13 meter dalam diameter serta boleh membawa sehingga 48 bom nuklear untuk maksimum 16 peluru berpandu.


Manakala Le Triomphant merupakan salah satu dari empat buah kapal selam kelas Triomphant milik Tentera Perancis yang terdiri dari Le Temeriare, Le Vigilant dan Le Terrible. Ukuran panjang bagi Kapal selam ini ialah 138 meter dan 12.50 meter dalam ukuran diameter.
Ia berkemampuan membawa 16 M45 Misil Balistik (Nuklear).





4 comments:

shahpaskal said...

NASIB BAIK TAKDE YANG MATI MACAM KURSK

gen2 said...

heran betul kapal begitu canggih pun masih berlanggar jugak

L-kick said...

saje nak tunjuk mana lagi bagus tu...

kNajib • 016-908 9591 said...

kapal selam tu bukan ade cermin depan. semue pakai sensor je, kan?! agaknye la :p..
ade la tu 'sebab' terlanggar/melanggar satu same lain.