Tuesday, April 6, 2010

MISIL ASPIDE

Misil Aspide 2000 boleh dilancarkan dari platform permukaan
Misil ASPIDE merupakan sistem misil (medium-range) Itali yang dibangunkan dari sistem misil Amerika Syarikat iaitu AIM 7E Sparrow dan paling sesuai digunakan dalam dua keadaan penembakan iaitu udara ke udara dan permukaan ke udara. 

Sistem ini kemudiannya diguna pakai pada kapal-kapal perang dan juga platform pertahanan darat.
Alenia Difesa merupakan firma yang bertanggungjawab menghasil dan mengeluarkan sistem misil ini. Misil ini mula digunakan oleh Tentera Laut Itali pada tahun 1987. 
.
Menggunakan sistem hala tuju radar semi-aktif dengan berketepatan tinggi dan berkelajuan supersonic 2.5 Mach, jarak penerbangan maksimum misil ini ialah 14 kilometer dan membawa 33 kilogram bahan letupan di kepala peledaknya.
.
Antara negara yang memiliki Misil ASPIDE ini selain Itali ialah China, Thailand, Argentina, Brazil, Peru, Morocco, Venezuela, Nigeria, Mesir, Sepanyol, Pakistan, Filipina dan Malaysia. Kebanyakan negara-negara ini menempatkan misil tersebut diatas kapal perang masing-masing.

Kapal korvet TLDM melancarkan misil Aspide
Misil ASPIDE adalah antara misil anti-udara yang dimiliki oleh TLDM dan dilengkapkan diatas 4 buah kapal kelas korvet dari skuadron ke-24 iaitu KD Laksamana Hang Nadim, KD Laksamana Tun Pusmah, KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan KD Laksamana Muhammed Amin.
.
Selain dari ASPIDE Mk.1 yang hampir menyamai AIM 7E Sparrow terdapat 2 versi misil yang telah dipertingkat keupayaannya. ASPIDE Mk.2 yang dilengkapkan dengan sistem hala tuju radar semi-aktif dan ASPIDE 2000 versi tingkat upaya dari ASPIDE Mk.1 untuk misil permukaan ke udara.

Dengan pemilikan misil ini , membuktikan bahawa armada TLDM sentiasa bersiap sedia dalam menangani sebarang ancaman terutamanya peperangan anti udara iaitu salah satu dari empat dimensi peperangan maritim masa kini.


No comments: