Thursday, February 25, 2010

KD TUNKU ABDUL RAHMAN APA SUDAH JADI??


KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) nama yang begitu gah, itulah nama sebuah kapal selam jenis Scorpene yang dibeli oleh TLDM dan Malaysia dengan menggunakan wang rakyat yang banyak. Adalah menjadi satu kebanggaan kita, rakyat Malaysia kerana memiliki kapal selam antara yang tercanggih di dunia dalam kelasnya.

TLDM sekali telah menempa sejarah, apabila kapal selam pertama Negara telah selamat tiba di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah pada 3 September 2009 dan diserikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersama Sultan Selangor Darul Ehsan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Ketibaan KD Tunku Abdul Rahman Kapal Selam Pertama Malaysia.

Namun begitu apa yang mengejutkan tidak lama selepas upacara gemilang lagi bersejarah dilakukan, heboh pula diperkatakan di dada akhbar mengatakan KD TAR telah mengalami masalah kerosakan teknikal menyebabkan ia tidak boleh menyelam sejak dari 17 Januari lalu. Apa sudah jadi....barang baru tapi sudah rosak, tak boleh menyelam pulak tu cukup memalukan.

Akibat dari perkara ini sedikit sebanyak imej TLDM dan Malaysia tercalar dimata dunia atau jiran terdekat Singapura. Seolah-olah wang rakyat 3.4 billion yang dihabiskan itu tidak berbaloi langsung. 

Cuba bayangkan jikalau berlaku serangan dari Negara musuh dengan keadaan peralatan ketenteraan negara yang bermasaalah dan rosak apa yang kita nak guna untuk mempertahankan negara, nak harap F5E enjin dah hilang orang songlap, MIG 29 di kira nak kena lupus nak harap kapal selam baru dah rosak pulak tak boleh selam.

Walaupun kerosakan teknikal ini di lihat sebagai satu masalah kecil tetapi ia boleh memberi impak besar dalam sistem pertahanan negara. Adalah diharap pihak TLDM dapat memberi perhatian yang serius mengenai perkara ini untuk mengelak masalah yang sama dari berulang kepada kapal selam kedua KD Tun Abdul Razak..

6 comments:

rebelution! said...

lame tak kluar post.tiba2 kuar pasal kapal selam.hahaha..mati la semua sailor dalam tuh

Yan said...

Ini bukan kapal selam baru Bro!....

gen2 said...

biasak ler 2nd hand beli kat pasar lambak

cik sepi said...

kte sbg rakyat m`sia perlu bangga pe...ade kpl selam sendiri

cik sepi said...

kte sbg rakyat m`sia perlu bangga pe...ade kpl selam sendiri

kamal78 said...

Nasib baek tak boleh menyelam kalau x boleh timbul lagi haru..