Saturday, May 22, 2010

DASSAULT MIRAGE III PERANCIS


Pesawat Mirage III milik tentera udara Perancis

Mirage III adalah merupakan sebuah pesawat pejuang supersonik milik Perancis lewat 1950an. 

Pesawat bersayap Delta ini direka cipta oleh sebuah firma pertahanan Perancis iaitu Dassault Aviation dan diguna pakai oleh tentera Perancis sendiri dan juga beberapa negara lain.

Ia merupakan pesawat pejuang yang baik pada zamannya, telah dijual serta dioperasikan oleh banyak tentera udara pelbagai negara dan masih lagi dikeluarkan oleh sesetengah negara selama beberapa dekad. 



Mirage III dan variasinya juga masih lagi diguna pakai sehingga sekarang oleh beberapa negara kecil sebagai pesawat pejuang barisan hadapan.Mirage III telah dioperasikan dalam perkhidmatan tentera udara Perancis pada tahun 1961 iaitu variasi Mirage IIIC yang berperanan sebagai pesawat pemintas (interceptor). 

Merupakan pesawat pemintas satu tempat duduk dan dilengkapi dengan enjin jet turbo SNECMA Atar 09B dan berupaya untuk mendaki sehingga 25000 kaki per minit dengan kelajuan pendakiannya 400 knot serta kelajuan penerbangannya boleh mencecah sehingga 2.2 Mach. Jarak ketinggian penerbangan pesawat ini boleh mencapai sehingga 55,755 kaki (17,000 meter).

Spesifikasi dan sistem persenjataan.

Ia juga dilengkapi dengan 2 laras meriam 30 milimeter dari jenis DEFA 552A revolver. Dalam versi awal pembinaannya Mirage IIIC ini hanya dilengkapi dengan 3 pilon sahaja, iaitu satu dibawah badan jet tersebut dan dua lagi pada kiri dan kanan sayap. kemudian dua lagi pilon ditambah pada sayap jet tersebut menjadikan jumlahnya 5 pilon kesemuanya.

Antara sistem persenjataan yang boleh dibawa iaitu peluru berpandu udara ke udara jenis AIM-9 Sidewinder, Matra R.530, Matra 550 Magic dan peluru berpandu udara ke bumi jenis AS.30, AS.37 dan Wasp
Selain dari peluru berpandu persenjataan lain yang boleh dibawa ialah bom seberat 400kg.




Perbezaan antara kokpit Mirage III dan Mirage V




Variasi Mirage III

Terdapat beberapa variasi Mirage III di sepanjang perkhidmatannya dimana beberapa penambahan dan pengubahsuaian dilakukan untuk menambahbaik pesawat ini bagi kegunaan Tentera udara Perancis sendiri dan juga untuk diekspot ke Negara luar. Misalnya

Mirage IIICZ adalah dari model IIIC untuk Afrika Selatan dengan penggunaan enjin Mirage5 dan sistem avionik yang dinaiktarafkan.
Mirage IIIO versi MirageIIID yang digunakan oleh Perancis diberi lesen untuk dipasang di Australia dan dioperasikan oleh RAAF.

Mirage IIIE versi pesawat pejuang-pengebom jarak jauh dengan enjin jet turbo Atar 9C. 30 buah dibekalkan kepada Tentera udara Perancis yang berkemampuan membawa bom nuklear jenis AN52.

Mirage IIIS versi dari Mirage IIIE sebanyak 36 buah dioperasikan oleh Tentera Udara Swiss.

Mirage IIIDBR versi dari Mirage IIID diekspot ke Brazil.
Mirage IIICJ dari versi Mirage IIIC diekspot ke Israel sebanyak 72 buah.

Mirage IIIRP versi Mirage IIIR untuk Tentera udara pakistan sebanyak 13 buah di ekspot.

1 comment:

BELAJAR BAHASA said...

Pesawat Mirage III Perancis merupakan varian pesawat tempur hebat yang merajai pertempuran udara 1960 an hingga 1970 an, serta membuat Argentina hebat dalam perang Falkland melawan Ingris tahun 1982