Thursday, March 31, 2011
RM 50 JUTA SETAHUN SELENGGARA DUA KAPAL SELAM NEGARA
KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua buah kapal selam negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50juta setahun, menurut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad,
Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua kapal selam jenis Scorpane itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.
Kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset stategik negara itu, dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usahasama tempatan dangan pembuat Scorpane iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd,
Jelasnya kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM 25 juta untuk pastikan negara sebagai pengguna aset itu boleh menggunakanya pada bila-bila masa.
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpane dengan kos pembelian berjumlah 3.4 billion pada tahun 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
Abdul Latif juga berkata kerosakan teknikal pada kapal selam KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi.
Ujian selaman telah dilakukan dengan jayanya pada 22 Februari tahun lepas. Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Januari tahun lepas, ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di pengkalan TLDM di Teluk Sepanggar.
Abdul Latif juga mengingatkan agar semua pihak tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang sering dilakukan oleh pihak pembangkang sebelum ini.
"Masalah teknikal yang dihadapi adalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam di dunia" katanya. - Bernama
Labels:
Kapal Selam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment