Saturday, January 21, 2012

KERETA KEBAL UTAMA T-90



T-90 adalah merupakan kereta kebal utama generasi ketiga Russia yang telah dimodenkan berdasarkan versi asal T-72 ( pada asalnya dipanggil T72BU, kemudian dinamakan semula dengan T-90). Direka dan dihasilkan oleh Uralvagonzavod, di Nizhny Tagil, Russia.

Hampir keseluruhan sistem termasuk meriam utama telah di perbaharui dan ditingkat upaya, menjadikan ia sebagai kereta kebal yang termoden dalam inventori peralatan ketenteraan dan digunakan oleh tentera Darat serta Laut Russia.



Walaupun pembinaannya berasaskan T72, T90 dipasang dengan meriam utama 125mm 2A46M smoothbore dan pengisian peluru secara automatik jenis carausel. Sistem pengisian automatik ini boleh diisi dengan 22 butir peluru meriam.

Jarak penembakan yang efektif dengan menggunakan peluru APFSDS ialah 2000 meter ke 3000 meter diwaktu siang dan 2000 ke 2600 meter waktu malam.

Kekuatan penembusan peluru meriam pada perisai ialah 590 - 630 mm pada jarak tembakan 2000 meter. Selain APFSDS peluru jenis HEAT (high-explosive anti-tank), HE-FRAG (high-explosive fragmentation) juga digunakan.

.......................................... Sistem perlindungan kereta kebal ERA (Explosive Reactive Armor)

Selain itu alatan pandangan penembak 1G46, sistem perlindungan asas iaitu campuran keluli biasa dan sistem blok perlindungan tambahan Kontakt-5 Explosive Reactive Armor yang mula diperkenalkan pada MBT T80U beserta dengan sistem pengimejan haba turut dipasang.

T90 turut dibekal dengan sebuah enjin baru iaitu 4V-84MS (840hp) multi-fuel diesel engine, sebanyak 1600 liter diesel mampu diisi dalam tangki utama dan tangki tambahan. Versi T90S telah dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa iaitu 1000 hp(750KW).



......................................................

Enjin 4V-84MS T90


Turet T90 mampu berpusing 360 darjah dalam masa 6 saat selaju pusingan turet MBT Abrams MI dan M2 dari Amerika Syarikat. Keseluruhan rekabentuk dari segi ketinggian ialah 2.22 meter, panjang 9.63 meter, lebar 3.78 meter dan berat 48 tan. Ianya dikendalikan oleh 3 orang kru.


Di anggarkan hampir 700 unit dari model T90A dan T90S telah dioperasikan oleh Tentera Russia.


Negara-negara lain yang mengoperasikan T90 dari pelbagai versi ialah Algeria sebanyak 180 unit versi T90SA, Turkeministan dengan versi T90S sebanyak 10 unit dan India merupakan negara pengguna terbesar kereta kebal T90 Russia iaitu 620 unit versi T90S (Bhishma).


Ujian yang dilakukan keatas Kereta Kebal T90 pada 1999 dimana ianya diuji dengan tembakan menggunakan peluru dari jenis RPG, ATGM dan APFSDS . Hasilnya peluru-peluru tersebut tidak dapat merobek perisai T90 yang dilengkapi dengan Kontakt-5 ERA, menjadikan T-90 kebal.


Kehebatan T90 juga terbukti dalam operasi ketenteraan di Dagestan, dimana saksi menyaksikan T90 terkena tujuh tembakan peluru RPG dan masih lagi boleh beraksi. Maka wajarlah T90 dianggap antara 10 kereta kebal terbaik di dunia.







No comments: