Monday, February 20, 2012

DARI OPV KELAS MUSYTARI KE KM LANGKAWI


KD Musytari (160)
KD Marikh (161)
.
Dua buah kapal perang OPV (Offshore Patrol Vessel) TLDM dari kelas Musytari iaitu KD Marikh dan KD Musytari merupakan kapal ronda yang dibina berasaskan teknologi dari Korea.
.
Salah sebuah daripadanya dihasilkan oleh Korean Shipbuilding Engineering Corporation, manakala sebuah lagi dibina di Pasir Gudang, Johor pada tahun 1984 dan 1985 oleh Malaysian Shipyard and Engineering.

.
Mula berkhidmat dalam TLDM pada tahun 1987. Ianya digunakan bagi melaksanakan aktiviti penguatkuasaan sehingga 200 batu nautikal dalam zon ekonomi esklusif.
.
Ianya masih digunakan dengan berkesan sehingga ke hari ini menjalankan fungsi-fungsi utama iaitu memelihara dan mengawasi ZEE (Zon Ekonomi Ekslusif) serta menyokong dan melindungi pelantar-pelantar minyak negara juga menyediakan perlindungan kepada nelayan tempatan, operasi memadam kebakaran dan operasi mencari serta menyelamat.
.
OPV Musytari dan Marikh ini mampu belayar di laut untuk tempoh dua minggu disebabkan saiz lebih besar dan mudah dikendalikan membolehkan kapal-kapal ini beroperasi dalam cuaca bergelora.
.
Mengenai sistem persenjataan KD Musytari dilengkapi dengan meriam Creusot Loire 100mm Compact, terdiri dari meriam, sistem kawalan dan sistem bekalan peluru dan Emerson Electric 30mm twin cannon.
.
Meriam Creusot Loire 100mm
.
Laras meriam terletak di dalam turet yang diperbuat dari besi aloi ringan. Turet ini mampu berpusing sebanyak 360 darjah. Laras meriam mempunyai jangka hayat tembakan 3,000 butir peluru sebelum perlu diganti. Ia boleh didongakkan sehingga +80 darjah ke atas dan ditundukkan –15 darjah ke bawah.
.
Keratan rentas sistem meriam Creusot loire
.
Emmerson Electric 30 mm twin cannon
.
Bilik teknikal yang merupakan sebahagian dari sistem kawalan meriam mengandungi kabinet kawalan jauh meriam, kotak pengurusan kawal arah laras meriam, kabinet kawalan pengurusan peluru meriam dan kabinet kawalan pengisian peluru secara manual.
.
Meriam ini direka agar dapat beroperasi dengan baik dan menembak dengan tepat walaupun kapal beroperasi dalam keadaan laut bergelora. Ia dikawal secara automatik dari pusat maklumat tempur atau Combat Information Center (CIC) sesebuah kapal. Maklumat sasaran samada permukaan mahupun udara dibekalkan oleh radar kawalan tembakan kapal.
.
Pada tarikh 23 Jun 2006 Kapal peronda kelas Musytari ini telah dilucut tauliah dengan penuh istiadat TLDM di mana ianya telah berkhidmat selama 19 tahun di bawah Tentera Laut diraja Malaysia seterusnya diserahkan kepada APMM pada tarikh yang sama.
.
KM Langkawi berkhidmat dibawah APMM
.
Kapal ini telah belayar ke Limbungan MMHE Pasir Gudang untuk dibaik pulih. Mula memasuki perkhidmatan APMM pada awal 2008 dan diberi nama baru iaitu KM Bangi (7502) dan KM Langkawi (7501), diletakkan dibawah pengawasan WILTIM di Kuantan, walau bagaimanapun penugasan kapal dikendalikan oleh Pusat Kawalan Maritim di Ibu Pejabat PUTRAJAYA.

No comments: