Sunday, May 19, 2013

CV90120 KERETA KEBAL RINGAN SWEDEN



CV90120-T

CV90120-T adalah merupakan salah satu versi kereta perisai dari Sweden dan dikenali di bawah kumpulan "Combat Vehicle 90".

 CV90120-T pada asasnya direka berdasarkan versi yang diubah suai daripada chasis  CV90 “Armored Fighting Vehicle” (AFV).

Kereta Kebal ringan CV90120-T ini dikilangkan di bawah label BAE Systems  Hagglunds. Ptototaip yang pertama dilancarkan pada tahun 1988 dan memulakan ujian tembakan  di Sweden pada lewat tahun 1998.


Setelah beberapa ujian dan percubaan secara extensive dilakukan keatas kereta kebal ringan ini, akhirnya ia berjaya disiapkan pada tahun 2001


Perisai tambahan CV90120-T
Kenderaan ini  dilengkapi dengan meriam utama Swiss Ordnance Enterprise  120mm smooth bore dan secara rasmi diklasifikasikan sebagai kereta kebal ringan (Light Tank ). 

Menggunakan peluru meriam yang dipakai oleh pihak NATO. Berupaya membawa sejumlah 45 biji peluru meriam dan kadar maksimum tembakan ialah 14 pusingan per minit.

CV90120-T dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan berkomputer dan sistem penstabil pandangan siang dan malam. Selain itu ia juga dipasang dengan sistem pengurusan medan perang bersepadu kenderaan dalam memastikan siapsiaga dalam apa jua keadaan

Dikendalikan oleh 4 orang kru iaitu komander, penembak, pemuat dan pemandu.

Kenderaan ini dipasang dengan enjin diesel Scania V8, membekalkan kuasa 670 hp 2375 rpm. Kelajuan maksima ialah 70 km/j dengan jarak maksimum operasi ialah 670 kilometer.
   

Bestand:CV90120-05.jpg
                  Enjin Scania V8 CV90120

 




Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan kereta kebal ringan ini adalah jauh lebih rendah dibandingkan dengan kereta kebal tempur utama yang moden.

Berat CV90120-T dalam angaran ialah 32 tan manakala kebanyakan Kereta kebal tempur (MBT) moden mencecah had berat  60 tan. Ini menjadikan cv90120-T beratnya hanya separuh daripada berat sebuah Kereta kebal tempur (MBT) moden.  Rekabentuk ini  menjadi faktor utama ianya mampu bersaing dengan kereta kebal lain.
Tembakan meriam CV90120
Perisai modular daripada CV90120-T boleh dikonfigurasikan untuk pelbagai peringkat perlindungan. Pakej perisai pasif tambahan juga boleh dipasang. Selain itu perisai reaktif letupan pula boleh dipasang untuk memberi perlindungan ke tahap yang lebih tinggi.
 
Terdapat spekulasi bahawa arka depan dengan perisai tambahan dapat melindungi daripada tembakan peluru SABOT 30 mm dan perisai mampu melindungi kenderaan ini dari sebarang  projektil pemecah armor 14.5mm.


Keseluruhan Dimensi kereta kebal ringan iaitu panjang 8.95 meter, lebar 3.19meter dan ketinggian 2.40meter.
   
CV90120-T boleh diangkut oleh pesawat pengangkutan tentera terbaru iaitu Airbus A400M, berbanding dengan Kereta kebal tempur utama yang lain, terpaksa diangkut dengan menggunakan pesawat pengangkut yang lebih besar.






No comments: