Misil
Sea Wolf
adalah misil anti-peluru berpandu
jarak dekat berkelajuan tinggi dengan sistem bimbingan arahan semi-automatik
dengan mengunakan panduan radar dan /
atau peluru berpandu infra-merah
serta pengesan sasaran.
Seawolf mempunyai panjang 2.995 meter dengan berat 136.5
kilogram boleh meluncur pada kelajuan sehingga 333 meter sesaat dan boleh
beroperasi dalam apa juga keadaan cuaca serta berupaya memusnahkan sasaran
udara seperti jet pejuang dan peluru berpandu.
Sistem
ini telah
dibangunkan oleh British Aircraft
Corporation (BAC) kemudiannya menjadi British
Aerospace (BAe) Dynamics (sekarang MBDA) pada 1964 sebagai keperluan untuk mengantikan sistem peluru berpandu
lama iaitu Sea Cat agar kapal perang kecil
diberi perlindungan terhadap peluru
berpandu anti-kapal dan pesawat.
Terdapat
dua kaedah pelancaran misil ini dilakukan iaitu kaedah konvensional iaitu Conventionally Launched Sea
Wolf (CLSW) dan kaedah pelancaran secara menegak iaitu Vertically
Launched Sea Wolf (VLSW).
.
Tembakan VLSW misil Seawolf dari HMS Richmond |
Kepala
peledaknya seberat 14 kg (30.9 lb) dan fius adalah jenis
HE-fragmenting .
Ianya mula diguna pakai oleh tentera laut Diraja Britian (Royal
Navy) pada tahun 1979. Dimana ia dipasang pada kapal kelas Frigat iaitu Type 22 iaitu Lander Class Frigate menggunakan sistem Conventionally
Launched Sea Wolf (CLSW).
Manakala kapal Frigat Type 23 pula dipasang dengan sistem pelancaran secara
menegak Vertically Launched Sea Wolf (VLSW).
Tentera laut Diraja Malaysia juga telah memasang sistem peluru
berpandu Sea Wolf ini pada 2 buah kapal perang
Frigatnya iaitu KD Jebat dan KD Lekiu dengan menggunakan sistem VLSW.
Satu ujian tembakan misil Seawolf telah dilakukan oleh frigat KD Lekiu terhadap sasaran di Perairan Selat Melaka pada 24 Oktober 2012 dan ujian ini telah dijalankan dengan jayanya.
Ini telah menunjukkan bahawa keupayaan perang
TLDM dan kompetensi perancang latihan, pengendali, pengurusan, penyelenggaraan
dan pengoperasian aset Armada TLDM, berada ditahap kesiagaan yang tinggi dan
terlatih.
Tembakan VLSW misil Seawolf dari KD Lekiu |
Frigate KD Lekiu TLDM dilengkapi dengan Misil Seawolf |
Kehebatan misil ini
terbukti didalam Perang Falkland antara Argentina dan Britian pada tahun 1982.
Kejayaan HMS
Brilliant dan HMS Glasgow menembak jatuh 3 buah A4 Skyhawk milik tentera udara
Argentina, membuktikan kehebatan misil tersebut.
No comments:
Post a Comment