Wednesday, July 8, 2015

CAC/PAC JF-17 THUNDER

JF-17 Pakistan (Block I)
 CAC FC-1 Xiaolong / PAC JF-17 Thunder adalah pesawat tempur ringan pelbagai peranan satu enjin dibangunkan bersama oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu Aircraft Corporation (CAC) China. Merupakan pesawat tempur generasi ketiga

JF-17 boleh digunakan untuk peninjauan udara, serangan darat dan memintas pesawat musuh. Designasi "JF-17" oleh Pakistan adalah singkatan "Joint Fighter-17", manakala designasi dan nama "FC-1 Xiaolong" oleh China bermaksud "Fighter China-1 Fierce.

JF-17 dibangunkan untuk memenuhi keperluan PAF (Pakistan Air Force) kerana harga pesawat yang berpatutan, moden dan sebagai pesawat tempur pelbagai peranan.   

Bertujuan sebagai pengganti bagi sekumpulan besar pesawatnya seperti Dassault Mirage III / 5 , Nanchang A-5 pengebom, dan pesawat pemintas Chengdu F- 7 , dengan kos AS $ 500 juta, dibahagikan sama rata antara China dan Pakistan.

Kerangka pesawat udara adalah struktur semi-monocoque dibina terutamanya daripada  aluminium aloi.  

Keluli kekuatan tinggi dan titanium aloi sebahagiannya diguna pakai di beberapa kawasan kritikal pesawat. Kerangka pesawat JF-17 direka untuk hayat perkhidmatan 4,000 jam penerbangan atau 25 tahun
 
Enjin Klimov RD-93

JF-17 dilengkapi dengan enjin dari Rusia Klimov RD-93 enjin turbofan dengan pembakar lanjutan.
Ia adalah derivatif daripada enjin RD-33, yang digunakan pada pesawat MiG-29. Kelajuan maksima yang boleh dicapai ialah Mach 1.6

Pesawat ini boleh menggunakan pelbagai kelengkapan peluru, termasuk peluru berpandu udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan serta meriam auto laras berkembar 23 mm GSH-23-2. 

Muatan senjata maksimum adalah kira-kira 3.7 tan. Terdapat lima hardpoints dan dua di hujung sayap untuk peluru berpandu dan tangki bahan api.

JF-17 mempunyai keupayaan serangan Beyond Visual Range (BVR) . Antara senjata utama adalah peluru berpandu jarak sederhana udara-ke-udara dari China, jenis PL-12 / SD-10  dengan aktif radar homing.

Sistem senjata JF-17
Pesawat ini juga membawa misil jarak pendek China  jenis PL-7, PL-8, PL-9 atau AS AIM-9P, dipasang pada rel hujung sayap. Ia juga mampu membawa pelbagai jenis bom panduan laser. Pesawat ini tidak mempunyai keupayaan mengisi bahan bakar dalam penerbangan. 
 
Pada 2013 Pakistan memulakan pengeluaran versi yang telah ditingkat upaya JF-17 Thunder (Blok II). Antaranya ialah penambahbaikan sistem tindak balas pesawat, keupayaan mengisi bahan bakar di udara (ada probe isi minyak) dan keupayaan membawa senjata yang lebih banyak dan pelbagai.

Tentera udara Pakistan telah memiliki sebanyak 54 unit dan 96 unit lagi pesawat JF-17 telah dipesan dan penghantaran akan selesai sepenuhnya pada tahun 2018.

  
JF-17 mendarat
 
 

No comments: