Sunday, July 12, 2015

PELANCAR ANTI KERETA KEBAL - BAKTAR SHIKAN

Pelancar Baktar Shikan dan pelurunya

Baktar-Shikan adalah variasi daripada ATGM HJ-8 yang telah dikeluarkan di bawah lesen oleh Pakistan sejak akhir 1990-an dan berjaya dalam ujian penembakan yang pertama pada bulan Julai 1997. 

Baktar Shikan sistem senjata anti-kereta kebal direka terutamanya untuk memusnahkan kereta kebal dan kereta perisai dalam apa jua keadaan cuaca.

Peluru berpandu dan sistem pelancarnya  boleh leraikan dengan cepat kepada empat sub-unit, masing-masing seberat kurang daripada 25 kg, membuat sistem ini mudah dikendalikan oleh manusia.
Perhatikan sistem ATGM boleh dilerai menjadi sub unit supaya mudah dibawa
Pakistan menghasilkan sistem peluru berpandu ini di bawah lesen sebagai Baktar-Shikan di  Makmal Penyelidikan Kahuta. Ia mampu memusnahkan perisai pelindung ERA (Explosive Reactive Armour).

Kuasa penembusan jarak jauhdan keupayaan anti-jamming yang kuat membentuk pertahanan yang kuat terhadap sasaran kenderaan berperisai.

Dalam versi mudah alih ini, tiub pelancar peluru berpandu dan mekanisme kawalan tembakan  penglihatan disokong oleh tripod. Ia dikendalikan oleh 2 atau 3 orang personel tentera.

Peluru berpandu anti-kereta kebal Baktar Shikan terbahagi kepada dua jenis iaitu kepala peledak standard dan kepala peledak Tandem (Tandem warhead). 

Kepala peledak Tandem sangat berkesan terhadap kebanyakan Perisai reaktif (ERA) dan perisai jenis lain yang banyak digunakan sekarang ini. Penambahan kepala peledak yang lebih kecil memastikan kemusnahan perisai perlindung ERA (Explosive Reactive Armourdan memastikan penembusan yang berkesan terhadap perisai kereta kebal. 
  
Jarak maksimum peluru berpandu ialah  3000 m (3km) dengan kelajuan 220 meter/saat. Ia boleh menembusi perisai setebal 700 mm dengan kepala peledak standard, manakala dengan kepala peledak tandem  perisai tebal melebihi 1000 mm dapat ditembusi.

Selain dikendalikan oleh individu  unit pelancar Baktar Shikan juga boleh dipasang pada helikopter serangan Cobra dan Armored Personnel Carriers (APC).

Antara negara yang mengoperasikan Pelancar Baktar-Shikan ini ialah Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka.

ATGM Baktar-Shikan ditenggekkan diatas ACV Adnan
Di Malaysia Baktar-Shikan dipasang pada kenderaan AC-V300 Adnan dari Kor Armor Diraja dan digandingkan dengan Kereta Kebal utama PT-91M Pendekar merupakan gandingan mantap dan payung perlindungan kepada PT-91M dari serangan udara.

Selain dari kenderaan ACV-300 Adnan, ia juga dipasang pada kenderaan G-wagon dan Land Rover.

Kehebatan Baktar-Shikan terbukti dalam perang Bosnia (1995-1996) dimana tentera Bosnia berjaya memusnahkan kereta kebal M84 yang digunakan oleh pihak Serbia. Senjata ini berjaya mencapai 95% ketepatan merobek perisai musuh.

Krisis Israel Lubnan 2006, menyaksikan misil buatan Iran  yang diasaskan kepada misil Baktar-Shikan buatan Pakistan digunakan oleh pihak Hezbollah untuk menentang pasukan berperisai Israel dan mengakibatkan kerosakan besar di pihak musuh.




No comments: