Sunday, August 2, 2015

RAIFAL TEMPUR PINDAD SS2

Raifal SS2 dipasang dengan pelancar granad
Raifal SS2 (Senapan Serbu 2 - Assault Rifle 2) dihasilkan di Indonesia oleh Kilang PT Pindad  dan berdasarkan senapang SS1 (FN FNC) , yang dibuat oleh kilang yang sama di bawah lesen daripada syarikat Belgium FN Herstal.

Raifal SS2 telah digunakan oleh tentera Indonesia sejak tahun 2005, dan juga ditawarkan untuk eksport. Pada awalnya didapati dalam tiga versi asas (Raifal standard SS2-V1, carbine SS2-V2 dan para-sniper SS2-V4) ia kini juga boleh didapati dalam versi subkompak SS2-V5, yang di perkenalkan pada tahun 2008.
SS2 didakwa mempunyai reka bentuk yang lebih ergonomik, tahan terhadap kelembapan tinggi, lebih ringan, serta ketepatan yang lebih baik.  

Senjata ini menggunakan peluru berkaliber 5.56 x 45 mm standard NATO dan mempunyai berat kosong 3.2 kg berbanding dengan SS1 yang mempunyai berat kosong 4.01 kg.

Semua raifal SS2 berkongsi reka bentuk asas yang sama dan  pembinaan dua bahagian sama (upper / lower receiver). Kedua-dua bahagian penerima atas dan bawah (upper / lower receiver) diperbuat daripada aloi aluminium dan disambungkan antara satu sama lain dengan menggunakan dua pin-bersilang(cross-pin).

Mod tembakan  / tuil keselamatan terletak di sebelah kiri senapang, dan membolehkan ia dipilih untuk tembakan biasa (single shot) atau tembakan automatik sepenuhnya. Semua variasi SS2 mempunyai udi berbentuk kerangka dan boleh dilipat.

Jarak jangkauan tembakan SS-2 V1 mencapai 400- 500 meter dan dilengkapi teleskop Trijikon atau Close Quarter / Tactical CQT. Senjata SS-2 boleh dipasang dengan teropong malam, bayonet, silencer dan pelancar bom tangan berkaliber 40 milimeter.  

Udinya boleh dilipat, sehingga mudah untuk dibawa oleh askar semasa operasi. Raifal tempur SS 2 didakwa dapat beroperasi dipelbagai medan tanpa bimbang tersekat ketika digunakan.
 
Variasi Raifal SS2

Pada tahun 2005 Tentera Indonesia telah memesan sebanyak 15,000 unit raifal SS2 untuk menggantikan raifal SS1 yang telah diguna sejak tahun 1990an. Kemudian menambahkan lagi pesanan kepada 10,000 unit.

Penggunaan pertempuran pertamanya bersama tentera Indonesia adalah semasa konflik bersenjata di Aceh.

Raifal SS2 ini telah menarik minat beberapa buah negara untuk memperolehinya. Antara negara tersebut ialah Bangladesh, Brunei, Iraq dan Myanmar.






No comments: