M-142 HIMARS MLRS |
dihantar dan ditempatkan di kawasan yang sebelum ini tidak dapat diakses oleh M-270 kerana ia memerlukan pesawat yang lebih besar seperti pesawat C-141 dan C- 5A.
HIMARS telah dibangunkan oleh Lockheed Martin Missiles and Fire Control di bawah program konsep lanjutan demonstrasi teknologi (ACTD), pada tahun 1996. Ia berkongsi banyak persamaan dengan M-270 MLRS yang lebih berat, menggunakan arahan kawalan, sistem komunikasi, sistem kawalan tembakan dan modul pelancar yang sama.
HIMARS diangkut dengan pesawat taktikal C-130 |
Ia dipasang pada lori 5 tan, pacuan roda 6x6 iaitu Kenderaan taktikal sederhana (MTV) mengikut standard tentera US. Bahagian kabin pemandu dilitupi dengan sistem armor dan kelajuannya diatas jalan raya ialah 85km/jam
Berat keseluruhannya ialah hampir 11tan dan jarak operasi ialah 480 km persegi
Pelancar yang mengandungi enam pod tiub roket ini mampu dipasang dengan pelbagai jenis peluru roket MLRS yang digunakan oleh M-270. Jangkauan jarak tembakan roket HIMARS ialah 60km ke 70km.
Ujian Tembakan dari HIMARS |
HIMARS Singapura
Singapura merupakan salah sebuah negara luar selain Jordan dan UAE yang mengoperasikan HIMARS MLRS. buatan Amerika Syarikat.
Sebanyak 18 unit HIMARS telah dipesan dan unit pertama tiba pada tahun 2009. Dikatakan pesanan ini dibuat selepas terkejut dengan tindakan Malaysia membeli 18 unit ASTROS MLRS pada tahun 2006.
Kelebihan HIMARS Singapura ialah ia memiliki 32 pod XM31 unitary high Explosive yang dilengkapi sepenuhnya dengan panduan GPS MLRS yang tidak terdapat pada sistem ASTROS milik Malaysia.
Ini bermakna Singapura mampu melancarkan setiap unit roketnya ke sasaran dengan panduan GPS. Sistem GPS ini dikatakan mampu meningkatkan lagi ketepatan roket tersebut untuk menghentam sasaran.
Singapura mengoperasi 18 unit HIMARS sepenuhnya pada tahun 2011 dan Batalion HIMARS AD Singapura (SAF) ditempatkan di Kem Khatib di batalion 23SA
No comments:
Post a Comment