Wednesday, September 23, 2015

KORVET KELAS PO-HANG (PCC)

PCC 759 Mokpo versi ASUW (anti-surface warfare)
Korvet kelas Pohang - PCC (Patrol Combat Corvette) yang dikendalikan oleh Tentera Laut Republik Korea Selatan berperanan sebagai kapal pertahanan pantai dalam tempoh akhir era Perang Dingin dan selepas tamat era Perang Dingin. 


Sebanyak 24 kapal kelas Pohang  telah dibina oleh Korea Shipbuilding Corporation, Hyundai Heavy Industries, Daewoo Shipbuilding and Korea Takoma., semua dibina di Korea Selatan. 21 buah kapal masih kekal dalam perkhidmatan.

Kelas Pohang menjadi terkenal apabila sebuah daripadanya iaitu PCC 772 (ROKS Cheonan) karam pada tahun 2010, dikatakan terkena hentaman torpedo daripada  kapal selam Tentera Korea Utara.

Kapal-kapal kelas Pohang dibahagikan kepada dua peranan iaitu  peperangan anti-permukaan (ASUW) dan peperangan anti-kapal selam (ASW) , varian mengikut sistem senjata yang dipasang di atas kapal. Jenis ASUW terdiri empat buah kapal dan jenis ASW pula terdiri daripada 20 kapal.

Kelas Pohang mempunyai panjang 88.3m dan beratnya ialah 1,200 tan. Kuasa sistem pendorong kapal ini adalah dari  gabungan diesel atau gas (CODOG). Sistem ini terdiri daripada dua enjin MTU diesel dan satu turbin gas LM2500.
 
Ini membolehkan kapal tersebut berlayar dengan kelajuan maksimum 32 knot dan kelajuan kruis 15 knot. Jarak operasi ialah 4000 batu nautika. Muatan ialah 95 anak kapal termasuk pegawai.
 
PCC 768 versi ASW (anti -submarine warfare)

Kapal anti permukaan (ASUW) di lengkapi dengan 1 x Oto Melara 76mm/62 Compact gun, 2 x Pelancar MM38 Misil Exocet anti-kapal, 2 x Emerlec Twin 30mm guns, 2 x triple Mk. 32 324mm ASW torpedo tubes, 2 x Mk.9 Depth Charge racks. 

Manakala kapal anti-peperangan kapal selam (ASW) pula dilengkapi 2 x Oto Melara 76mm/62 Compact gun, 2 x Breda twin 40mm/70 guns, 2 x triple Mk. 32 324mm ASW torpedo tubes, 2 x Mk.9 Depth Charge racks, 1 x Mistral / Chiron.

Salah sebuah kapal dari kelas ini diberitakan akan dilucut tauliah dalam perkhidmatan Tentera Laut Korea Selatan dan dihantar kepada  Filipina untuk ditauliah ke dalam Tentera Lautnya.

Pemberian kapal korvet ini dilakukan oleh Korea Selatan ketika China semakin hebat membuat tuntutannya mengenai perairan wilayah di Laut China Selatan.

sumber:
Wikipedia
Naval Technology


No comments: