Pesawat malaysia yang terlibat dalam Paradise Exercise 2/2015 |
Menurut kenyataan Jabatan Perhubungan Awam ibu pejabat TUDM di Kementerian Pertahanan, berkata latihan itu akan di adakan di ruang udara dan perairan Sabah.
Sepanjang latihan, pesawat TUDM akan terbang rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan di ruang udara di Sabah yang telah diwartakan sebagai lokasi latihan.
Pesawat TUDM yang terlibat dalam latihan ini ialah jet pejuang F / A-18D Hornet, Su-30MKM dan Hawk 108/208 , pesawat pengangkut C130H, KC130 dan CN235 serta helikopter EC725 dan Nuri.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik atau bimbang jika mereka melihat pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh latihan.
Langkah ini sedang dijalankan oleh TUDM untuk memastikan keupayaan dan persediaan sentiasa berada pada tahap yang terbaik, terutama dalam menjaga ruang udara negara.
Exercise Paradise 2/2015 |
sumber : BERNAMA
No comments:
Post a Comment