Thursday, November 3, 2016

MOU ANTARA PT PAL DAN BOUSTEAD UNTUK BINA KAPAL MRSS TLDM DI INDONESIA

MRSS 150 meter yang akan dibangunkan oleh PT PAL berdasarkan kehendak spesifikasi yang dikehendaki oleh TLDM.
PT PAL Syarikat pembina kapal milik negara Indonesia  telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan Boustead Naval Shipyard (BNS) untuk membina kapal sokongan pelbagai peranan pertama Malaysia (MRSS) di Indonesia.

MoU itu ditandatangani pada 2 November di Indo Defence 2016 pameran di Jakarta, dan membuka jalan bagi PT PAL untuk bekerjasama dalam projek yang pertama seumpamanya untuk sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jika kontrak itu dianugerahkan kepada BNS.

Pengarah BNS, Ahmad Ramli Moh Nor, yang menandatangani MoU itu bagi pihak syarikat perusahaan Malaysia, menyifatkan perjanjian itu sebagai detik bersejarah antara kedua-dua negara, yang
telah diketahui  sebelum ini tidak pernah bekerjasama pada mana-mana platform tentera laut. Projek MRSS telah memungkinkan segalanya .

Mengikut spesifikasi yang diberikan oleh PT PAL, reka bentuk asas untuk Landing Platform Dock (LPD) seperti MRSS mempunyai panjang keseluruhan kira-kira 150 meter, rasuk keseluruhan kira-kira 24 meter, dan draf 6 meter.  

Platform ini telah direka dengan kelajuan maksima kira-kira 18 knot, kelajuan pelayaran kira-kira 15 knot, dan ketahanan kira-kira 30 hari dilautan.

Kapal ini boleh diperlengkapkan dengan meriam 76 mm, dan beberapa unit mesingan 12.7 mm pada kiri dan kanan kapal .

Walau bagaimanapun, seorang pegawai dari PT yang bercakap kepada IHS Jane pada 2 November di pameran Indo Defence menegaskan bahawa rundingan dengan TLDM dan BNS masih berjalan, dan konfigurasi akhir berdasarkan keperluan perkhidmatan itu hanya boleh didapati pada masa akan datang.

Salah satu keperluan TLDM adalah bahawa kapal itu mesti berupaya untuk menampung dua helikopter di dek penerbangan, sebagai tambahan kepada dua helikopter di hangar, menurut PT PAL, ini mungkin bermakna memanjangkan panjang platform itu kepada kira-kira 163 meter.


Sumber
IHS jane 

No comments: