Wednesday, April 19, 2017

JET PEJUANG SAAB AJ 37 VIGGEN

Saab AJ 37 Viggen
Saab AJ 37 Viggen merupakan pesawat pejuang dan penyerang jarak dekat dan sederhana, satu tempat duduk, bersayap delta dan berenjin tunggal  yang dikeluarkan oleh Sweden di antara tahun 1970 hingga 1990.

Beberapa versi telah dikeluarkan termasuk pesawat versi pemintas-pejuang, serangan darat dan pengawasan foto dua tempat duduk yang sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca.

Pada awal 1960-an, Sweden sedang mencari pesawat pejuang pelbagai peranan yang boleh menggantikan SAAB 32 Lansen dalam peranan serangan dan SAAB 35 Draken dalam pertahanan udara dan peninjauan. Spesifikasi pesawat yang baru adalah berciri-ciri tinggi seperti

1.  Ia mampu mempunyai Mach 1 kelajuan penerbangan altitud yang rendah dan Mach 2
pada kelajuan altitud tinggi.
2.  Ianya bertindak sebagai elemen dalam STRIL 60 rangkaian pertahanan udara bersepadu Sweden.

3.  Supaya ia sesuai untuk beroperasi di bawah skim BASE-90. Skim BASE-90 bermakna pesawat berupaya beroperasi dilandasan pendek, yang memerlukan pesawat berkeupayaan tinggi.

Pembinaan keseluruhan pesawat ini adalah dari aluminium honeycomb, dengan titanium di mana tempat yang perlu, seperti firewall enjin. Saab 37 Viggen boleh dikatakan kurang elegan dalam penampilan daripada pesawat sebelumnya, SAAB 35 Draken, atau penggantinya ,  SAAB Jas 39 Gripen, tetapi ia mempunyai gaya tertentu pepejal, lugas, dan agresif yang tersendiri.  

Walau bagaimanapun, penggunaan meluas aluminium honeycomb membuatkan ia lebih ringan berbanding saiznya. 

Saab 37 Viggen di kuasakan dengan enjin RM8A turbofan yang merupakan teras dari enjin JT8D-22 Pratt & Whitney turbofan komersial yang digunakan oleh pesawat Boeing 727 dan Douglas DC-9.

Saab JAS 39 Gripen pengganti AJ 37 Viggen
Pesawat AJ 37 Viggen ini mempunyai tujuh pilon, termasuk satu di bahagian tengah; masing-masing satu dibawah inlet enjin dan dua pilon pada setiap sayap utama.  beban maksimum muatan bom adalah 7,000 kilogram (15,400 paun).

Keseluruhannya 109 unit AJ 37 Viggen dihasilkan dan berkhidmat untuk Tentera udara Sweden sebelum dilucutkan tauliahnya pada 2005 dan digantikan dengan Saab JAS 39 Gripen.

sumber
airvectors.net

 

No comments: