Thursday, March 22, 2018

KERETA KEBAL TYPE 90 (KYU-MARU)

Type 90 (Kyu-maru) kereta kebal generasi ketiga buatan Jepun
Kereta Kebal generasi ketiga Type 90 Kyū-maru (90 式 戦 車 Kyū-maru-shiki-sensha) dihasilkan untuk menyaingi kereta kebal tempur utama yang paling terkini di barat, iaitu M1 Abrams Amerika dan Leopard 2 Jerman. 

Dengan penghasilan kereta kebal ini, ianya akan meningkatkan kekuatan unit perisai JGSDF (Japan Ground Self Defense Force) dimana ketika mereka dalam proses melupuskan penggunaan kereta kebal type 61, dan mengurangkan bilangan type 74 yang sedang beroperasi.

Proses reka bentuk Type 90 bermula sebaik sahaja Type 74 dimasukkan dalam perkhidmatan, dengan spesifikasi pertama disediakan pada tahun 1980. Penghasilan rekebentuk ini terjadi kerana, pada anggapan Jepun T-72 adalah sama jika tidak lebih baik dari Type 74 di beberapa aspek.

Type 61 kereta Kebal pertama buatan Jepun selepas era perang dunia kedua
Bahagian Hull type 90 (dikimpal sepenuhnya  dengan keluli RHA Jepun yang berkualiti tinggi ) berbentuk slop dan rata yang setanding dengan kereta kebal sezamannya iaitu M1 Abrams.

Dikendalikan oleh 3 krew iaitu pemandu yang bertempat dibahagian hadapan kereta kebal, penembak di posisi belakang pemandu didalam turet yang dilengkapi dengan unit penglihatan, dengan penglihatan digital 10x pembesaran serta paparan rangefinder dan komander dibahagian kanan dalam turet turut dilengkapi dengan cupola sendiri dan periscopic penglihatan sendiri dengan 3x /10x (pembesaran - waktu siang sahaja).

Krew mempunyai perlindungan penuh NBC (perlindungan nuklear, biologi, kimia) yang terdiri daripada sistem kolektif dengan tekanan lampau dan krew kompartmen dan pengesan automatik kompartmen enjin / pemadam api.

Untuk perlindungan tambahan bom asap (smoke discharges) turut dipasang disebelah kiri dan kanan turet. Berat keseluruhan kereta kebal ini ialah 50.2 tan
 
Tembakan dilakukan dengan meriam Rheinmetall 120mm

Senjata utamanya meriam 120mm sb automatik loader buatan Rheinmetall, Jerman. Ini memboleh ia menggunakan semua peluru standard NATO. Senjata sekunder ialah mesingan ringan 7.62mm coaxial dan mesingan berat 12.7mm Browning M2HB (50 caliber).
 
Type 90 ini di lengkapi dengan sistem kawalan tembakan merangkumi Yttrium-Aluminium-Garnet laser rangefinder (jarak 300 m - 5,000 m ), komputer ballistics 32-bit, sistem pengimejan dan paparan terma yang ditingkat upaya, sistem pencarian automatik (menjejak target yang bergerak atau pegun) dan penstabil senjata yang lebih baik.

Jenis enjin yang diguna pakai ialah Mitsubishi 10ZG32WT, a 10-cylinder, two-stroke cycle diesel yang memberi kuasa 1500hp (kuasa keluaran 1120 kW) dan dipadankan dengan tranmisi automatik Mitsubishi MT1500 ( 4 gear hadapan dan 2 gear undur). Ia memberikan kuasa pecutan pada jarak 200 m pertama dalam masa 20 saat. Kelajuan maksima ialah 70km/jam.

Secara keseluruhan penghasilan kereta kebal ini mendapat kritikan disebabkan beratnya yang mencapai 50.2 tan iaitu lebih berat dari Type 75 (self propelled Howitzer), keadaan jambatan di jepun yang tidak mampu menampung beratnya menjadikanya kurang sesuai untuk dioperasikan di kawasan bandar berbanding dengan model baru iaitu Type 10.

Sejumlah 341 unit kereta kebal ini dihasilkan sepanjang tahun 1990 - 2009.

sumber : Tank Encyclopedia, military-today 

No comments: