Thursday, November 8, 2018

BELANJAWAN KEMENTERIAN PERTAHANAN 2019


MMP setiap tahun akan kupaskan dan perincikan belanjawan pertahanan negara bagi memberikan gambaran sebenar pembangunan dan operasi ATM dalam tahun yang akan datang.

Dari carta yang MMP sertakan dah dekat 4 tahun yang sebelumnya menurun yang hanya berkisar kepada purata rm 16 billion dari 2015 sehingga 2017.

Perkembangan ini tidak sihat dan ia sememangnya menjejaskan operasi dan pembangunan ATM dalam kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Menhan pernah mendedahkan bagaimana 4 buah SU30MKM sahaja yang mampu terbang. Pekara ini berlaku akibat kekangan budget pertahanan yang berlaku pada 2017 dan 2018 yang berkisar hanya pada rm11billion dan rm12 billion bagi budget pengurusan. Kekangan budget ini yang buat aset2 ATM mengalami breakdown yang lama dan kurang alat ganti untuk disediakan. Ini kerja Kerajaan lama laaaa. Kerajaan Lama dulu.

Oleh yang demikian Menhan dah ambil maklum dan tahu. Tapi Budget Pertahanan 2019 sekitar RM 13.9Billion sahaja.

Budget RM 13.9 billion ATM dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan

Belanja Pembangunan
Dalam budget pembangunan. ATM telah diberikan peruntukan sekitar RM 3.64billion berbanding pada tahun 2018 sekitar RM3.29billion iaitu kenaikan dalam 12 peratus.
Dalam pecahan budget pembangunan ini. MMP simpulkan seperti di bawah
Tentera Darat Malaysia RM 900 juta
Tentera Laut Diraja Malaysia RM 1.26 billion
Tentera Udara Diraja Malaysia RM 379 juta
dan baki yang lain dibelanjakan kepada cabang awam dan pembangunan kuarters ATM.

Oleh yang demikian trend pembangunan meningkat sedikit dari Budget tahun 2018. Dari pandangan journalist Dhirzan Mahadzir. Semua duit pembangunan ini hanya berkisar untuk pembayaran aset yang ditempah pada tahun sebelumnya seperti dibawah
Tentera Darat Malaysia
1.Pembayaran baki pembinaan AV8
2. MD530G little Bird
3. Baikpulih M109A5 yang dinyatakan akan dinaiktarak ke M109A5+
Tentera Laut Diraja Malaysia
1.Pembayaran program LCS dan LMS
Tentera Udara Diraja Malaysia
1. Pembayaran A400M
2. MRO pesawat TUDM
Baki lain untuk Tri Servis di halakan kepada sistem Starstreak.

Kerajaan juga mengambil pendekatan meneruskan blueprint ATM untuk menyediakan kuarters yang terbaik bagi warga ATM pada 2030 dimana Peruntukan Pembangunan Kuarters ATM berkisar dalam RM 282 juta dari total kos projek RM 1.18billion.

Kerajaan pada masa yang sama telah meningkatkan budget penyelidikan pertahanan kepada RM 30.5 juta dalam mengoptimumkan kajian Stride untuk diaplikasikan dalam ATM.

Kerajaan juga telah mula nak memastikan industri pertahanan tempatan dan RnD tempatan seperti penglibatan syarikat tempatan dan pengunaan hasil kajian stride pada kadar 90%

Belanja Pengurusan
Belanja mengurus ni yang paling kritikal dalam mana-mana sektor awam dan swasta dan ini tidak terkecuali kepada ATM.
Belanja Mengurus ATM berkurangan sebanyak RM 1.93 billion

Pecahan belanjawan mengurus kepada 3 cabang utama ATM bagi kod 020000 Kesiapsiagaan dan Operasi
Tentera Darat Malaysia RM 5.29 billion menerima kemerosotan budget -3.2%
Tentera Laut Diraja Malaysia RM 1.39billion menerima kemerosotan budget - 30%
Tentera Udara Diraja Malaysia RM 1.58 billion menerima kemerosotan budget - 34%

Dari pecahan yang diterangkan di atas. TUDM dan TLDM mengalami potongan budget sekitar 30 peratus dalam belanja kesiapsiagaan 2 cabang ini mengoperasikan aset-aset mereka.

Pekara yang berlaku ini akan menyebabkan pesawat-pesawat tudm tidak dapat beroperasi pada tempo operational readiness yang tinggi. Kapal- kapal usang tdlm akan sukar diaturgerak disebabkan kekangan alat ganti yang semakin mahal.

2 contoh yang MMP bagi ini memerlukan peruntukan yang besar dalam belanja mengurus.
Belanja menangani keusangan sistem juga dikurangkan sehingga RM 15 juta dari peruntukkan 2018 RM 66juta. Pengurangan sekitar -77%.

Oleh yang demikian sistem window XP masih dianggap paling maju di dalam ATM.
Kos pengoperasian ESSCOM juga dikurangkan sebanyak -23% dengan anggaran RM 74.8 juta jika dibandingkan RM 97.4juta.

Kira betul laaa ESSCOM perlu dioperasikan dengan 60 orang je.

MMP nampak kerajaan telah memperuntukkan budget tinggi sikit kepada hal ehwal veteran ATM sehingga yang mencecah RM98juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Pekara ini bagus dan MMP nampak kebajikan warga veteran dapat ditambahbaik terutama kepada veteran yang tidak berpencen.

Secara keseluruhan ATM memang akan mengalami kesukaran dalam kesiapsiagaan dan operasi nya pada tahun 2019.

sumber : Dari Facebook MMP



No comments: