Saturday, May 16, 2020

WEST CAPELLA TINGGALKAN PERAIRAN SELEPAS SELESAI KERJA

LCS  USS Gabrielle Giffords sedang belayar tidak jauh dari West Capella

Akhirnya selepas lebih 5 bulan menjadi sasaran provokasi kapal-kapal pengawal pantai China, kapal ultra deepwater drillship West Capella meninggalkan perairan yang menyaksikan pertembungan antara AS, China, Malaysia dan Vietnam.

Kapal yang dimiliki oleh Seadrill, tetapi dikontrakkan kepada Petronas itu meninggalkan kawasan perairan itu selepas selesai menjalankan tugas selama lebih 5 bulan itu hari ini.

Ia disahkan sendiri oleh pengarah komunikasi Seadrill Iain Cracknell ketika dihubungi oleh agensi berita Reuters hari ini.

Reuters juga cuba menghubungi Petronas dan Wisma Putra untuk mendapatkan pengesahan tetapi gagal.

Bagaimanapun, imej satelit memang menunjukkan West Capella telah meninggalkan kawasan perairan terbabit, kemungkinan menuju ke Labuan.

KA Bunga Mas 5 setia mengiringi West Capella sambil diperhatikan oleh kapal CCG China.
West Capella meninggalkan perairan itu selepas selesai menjalankan tugasnya.

Sehubungan itu kapal penyelidik China "Hai Yang Di Zhi Bao Hao" (HD8) juga dilaporkan telah meninggalkan perairan EEZ Malaysia setelah West Capella meninggalkan perairan itu, menurut data dari Marine Traffic.

Bagaimanapun West Capella memang betul hebat, sebelum ia meninggalkan perairan ia"dikunjungi" oleh Littoral Combat Ship USS Gabrielle Giffords, ia juga turut menerima kunjungan daripada pelbagai kapal perang Amerika Syarikat.

Beberapa hari lepas, ia menerima kedatangan USS Montgomery dan USS Cesar Chavez, sambil diperhati oleh kapal friget China, Type 054A (kelas Jiangkai).

Kedatangan USS Montgomery dan USS Cesar Chavez itu juga didakwa ditemani oleh pesawat pengebom strategik, B1-B Lancer yang turut dikatakan melakukan misi di ruang udara berhampiran West Capella.

Sebelum itu, West Capella dikunjungi oleh USS America, USS Bunker Hill, USS Barry dan kapal friget Australia, HMAS Paramatta.

Ia tidak sesekali meninggalkan perairan itu akibat tindakan provokasi dan tekanan oleh China. No Way Jose.

Syabas Petronas!!!!!

sumber : Defence Security Asia

No comments: