Tuesday, November 24, 2020

PEMBINAAN BATCH KEDUA KAPAL SELAM INDO HAMPIR PASTI BATAL

KRI Nagapasa kapal selam Indonesia batch pertama (foto internet)

Nampaknya khabar-khabar angin mengatakan Indonesia membatalkan kontrak pembelian tiga buah kapal selam daripada Korea Selatan semakin pasti, berdasarkan daripada kenyataan terkini daripada pegawai kanan negara jiran kita itu.

Kerajaan Indonesia dan syarikat Korea Selatan, Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME)  menandatangani perjanjian pada 2011 bernilai US$1.1 billion bagi membolehkan Jakarta memperolehi tiga buah kapal selam untuk memenuhi keperluan 12 buah kapal selam dalam jangka panjang.

Tiga buah kapal selam yang pertama iaitu KRI Nagapasa, Ardadeli dan Alugoro yang berdasarkan kepada Type 209/1400 buatan Jerman telah pun diterima oleh Indonesia untuk digunakan oleh angkatan lautnya. Kapal selam itu adalah daripada jenis diesel/elektrik dan memiliki berat 1,400 tan.

404 KRI Ardadedali kapal selam kedua dari batch pertama

Pembinaan batch kedua tiga lagi buah kapal selam kini berhadapan dengan masalah walaupun kontrak telah pun ditandatangani pada Mac 2019, tetapi sehingga kini kerajaan pentadbiran Presiden Jokowi masih mendiamkan diri sama ada ia masih mahu meneruskan kontrak untuk batch kedua itu.

Pembatalan kontrak batch kedua itu sekiranya benar, mungkin berkaitan dengan tindakan kerajaan Indonesia untuk mengurangkan belanjawan pertahanan negara itu pada tahun depan berikutan masalah pandemik Covid-19.

Keratan rentas kapal selam korea Changbogo

Mengikut perancangan asal, Indonesia sepatutnya mengoperasikan tiga buah kapal selam batch kedua pada 2026, tetapi nampaknya ia tinggal kenangan berdasarkan kenyataan terkini daripada PT PAL, iaitu syarikat pembuatan kapal Indonesia.

PT PAL adalah rakan kongsi kepada DSME kepada usaha membina 12 buah kapal selam itu.

Menurut Plt. Direktur Utama Pal Indonesia Etty Soewardani, beliau ada mendengar tentang khabar-khabar mengatakan kontrak batch kedua kapal selam itu dibatalkan, 

Tetapi dokumen hitam putih tentang pembatalan itu belum ada. maka ia dianggap belum sahih.

Walaupun pembatalan kontrak dengan Korea Selatan bagi batch kedua masih belum dapat dipastikan, tetapi beberapa negara seperti Turki sudah pun menawarkan untuk membina batch kedua kapal selam Indonesia itu.

sumber : Defence Security Asia


No comments: