![]() |
Kapal Coast Guard China |
China telah meluluskan undang-undang baru yang akan memberi lebih banyak kuasa kepada agensi penguatkuasa maritimnya dalam memastikan kedaulatan Beijing terhadap perairan yang didakwa sebagai miliknya terutama Laut China Selatan.
Bagaimanapun undang-undang itu dijangka akan menghangatkan lagi pertelingkahan antara China dengan negara-negara Asia yang lain serta Amerika Syarikat membabitkan pertikaian mengenai hak pemilikan sebahagian besar daripada Laut China Selatan.
Undang-undang terbaru itu diluluskan oleh Kongres Kebangsaan Rakyat China, yang merupakan badan pembuat undang-undang paling tinggi negara itu pada 29 April lepas.
Ia dijangka akan dikuatkuasa pada 1 September depan, menurut Xinhua, yang merupakan agensi berita rasmi China.
Undang-undang terbaru China itu akan membenarkan agensi penguatkuasa keselamatan maritim negara itu yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan untuk memerintah mana-mana kapal asing meninggalkan perairan yang didakwa oleh Beijing sebagai miliknya sekiranya ia menjejaskan keselamatan kepada negara.
Penggubalan undang-undang terbaru ini menyusul perlaksanaan Undang-Undang Pengawal Pantai yang membenarkan kapal-kapal pengawal pantai China bertindak termasuk melepaskan tembakan terhadap mana-mana kapal asing yang memasuki perairannya termasuk di kawasan yang didakwa sebagai miliknya.
Undang-undang Pengawal Pantai itu telah menghangatkan lagi pertikaian Beijing dengan negara-negara littoral Laut China Selatan serta Taiwan yang menduduki atoll di perairan yang strategik itu seperti Pulau Pratas.
Selain itu, undang-undang itu dikecam hebat oleh Jepun yang mempunyai isu tuntutan bertindih dengan China melibatkan Kepulauan Senkaku atau Diaoyu sebagaimana dipanggil oleh Beijing.
![]() |
Operation FONOP yang dijalankan oleh U.S dan Perancis di Laut China Selatan |
Beijing kerap menghantar kapal-kapal perangnya ke perairan berhampiran Senkaku untuk mencabar pemilikan Tokyo terhadap pulau-pulau itu.
Bagi menyokong sekutunya di Indo-Pasifik, Washington juga mengerahkan kapal-kapal perangnya untuk melakukan operasi FONOP (Freedom of Operations Navigation) terhadap kawasan-kawasan perairan yang didakwa Beijing sebagai milikinya tetapi tidak diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.
sumber :Defence Security Asia
2 comments:
Kenapa negara asean perlu gentar..? 3 negara asean indonesia,pilipine,malaysia bole menandatangani pact 3 negara utk bekrja sama mengawasi kawasan bertindih dengan aset laut yg mereka ada.dengan gabungan aset 3 negara asean akan d lihat lebih gah dan tidak akan bole d cabar oleh cina.....buat masa skrg setiap negeri mengawal perairan masing masing tanpa masuk campur sekira nya berlaku masalah d lautan antara kapal cina dan salah satu kapal negara asean.....dengan ada nya PACT ini 3 negara ini bole masuk campur sekira nya salah satu dari kapal mereka d gugat.....
Bayang kan satu CCG d kerumini 3 atau 4 kapal dari 3 negara ini....CCG pasti berundur memandangkan memusuhi satu negri akan jugak memusuhi 3 negeri..
Post a Comment