Tuesday, April 27, 2021

CADANGAN MINDEF TAMBAH 13 LAGI [F.I.C] UNTUK TLDM

Enam bot pemintas laju (FIC) yang telah diterima TLDM : foto sinar harian

Kementerian Pertahanan bercadang menambah 13 lagi bot pemintas Fast Interceptor Craft (FIC) bernilai lebih RM120 juta untuk memperkasakan lagi pertahanan di kawasan sempadan khususnya di perairan negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah menerima enam bot berkenaan bernilai RM80 juta pada 19 Mac yang lalu.

Ia merupakan penerimaan peringkat pertama FIC untuk TLDM.

FIC melalui Projek Peralihan Operasi Benteng (Op Benteng) yang dibina Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd (GMI) itu diletakkan dalam Skuadron Fast Combat Boat (FCB).

Skuadron itu berperanan sebagai elemen sokongan pertahanan maritim negara terutama kepada kapal TLDM dalam penugasan Op Benteng dalam meningkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan di perairan cetek dan berpulau.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyaksikan Demonstrasi Fast Interceptor Craft (FIC) sempena lawatan kerja beliau ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak, hari ini.

Bot pemintas FIC yang dilengkapi dua buah jentera utama dengan sistem dorongan jet air itu mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 50 knot.

Ia dikendalikan oleh lima kru serta mampu membawa sehingga lapan anggota Quick Reaction Force (QRF) pada satu-satu masa.

TLDM akan menggunakan enam bot berkenaan di seluruh perairan  negara termasuk Sabah.

sumber : Defence Security Asia


6 comments:

sandstorm7 said...

Bgus sangat beli FIC,tpi FIC tersebut biarlah yg multi fungsi...FIC ini terlalu kecil utk melepaskan UAV...dan di pasang manpad hellfire atau javelin....coba lihat FIC negara filipina...dan USA mua nya multi fungsi

sandstorm7 said...

Kenapa semasa membeli kta tidak melihat dan mencontohi FIC negara negara lain....setidak nya apa yg positif dari reka bentuk FIC negara lain d serapkan ke rekabentuk FIC kta baru lah mantap

sandstorm7 said...

Saya mahu bahasdan kasi input tentang sempandan mal-thai.. harap admin siarkan blog tentang sempadan mal- thai

sandstorm7 said...

Seharus nya TLDM mencontohi thailand dgn membeli SOC mark 6...mahal tpi bermutu dan mulri fungsi...walau dpt 6 biji sekali pon memadai....dan terus d tambah d masa akan dtg

gen2 said...

insyaallah. terimakasih atas cadangan tu

sandstorm7 said...

Kta org melayu memang adat resam suka buat pembaziran....lihat aja org melayu yg kaya...rmh aja d hias dgn emas intan permata...yg paling bgus kta harus ada penasihat ketenteraan bangsa asing yg mempunyai sikap no nonsense baru ketenteraan kta d landasan yg betul....melayu memang tak bole d harapkan utk menjadi penasehat ketenteraan...lihat ada STRIDE...apa mereka buat? Sekuriri council buat ap?