Sunday, May 9, 2021

PROJEK LCS TLDM YANG TERBENGKALAI DI TERUSKAN SEMULA

KD Maharajalela (2501) yang terbengkalai tanpa ada kesudahanya

KUALA LUMPUR – Kumpulan Boustead Naval Shipyard akan meneruskan semula pembinaan Projek Littoral Combat Ship (Projek LCS) yang telah terhenti pembinaannya sejak tahun 2019.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah bersidang pada 5 Mei lalu.

“Mesyuarat jemaah Menteri itu bagaimanapun telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh Kumpulan Boustead. Dengan penerusan pembinaan tersebut oleh Kumpulan Boustead, ianya akan menyelamatkan 8,000 orang pekerja yang terdiri daripada anak-anak tempatan dan juga lebih daripada 400 syarikat vendor yang terdiri daripada PKS Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Menteri Kanan Keselamatan itu, sekiranya pembinaan LCS itu tidak diteruskan, ia akan memberi beberapa impak negatif kepada para pekerja dan vendor bumiputera terlibat.

Justeru katanya, ia juga akan memberi kesan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang merupakan pemegang saham di dalam Boustead Holdings Berhad.

“Selain itu, secara tidak langsung pencarum yang merupakan anggota tentera akan menerima kesan sekiranya projek ini tidak diteruskan malah pihak bank yang memberi pinjaman kepada projek ini juga bakal kerugian kerana Boustead Naval Shipyard tidak berkeupayaan membayar pinjaman.

“Untuk rekod, Kumpulan Boustead Naval Shipyard adalah merupakan sebuah syarikat milik kerajaan yang diusahakan oleh majoritinya anak-anak Melayu Bumiputera,” tegasnya

Awal permulaan program ini Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dianugerahkan secara rundingan terus untuk menyiapkan enam buah kapal LCS dalam tempoh 10 tahun berkuat kuasa 3 Oktober 2013 sehingga Oktober 2023 dengan kos RM 9.1286 bilion. 

Kontrak perolehan itu juga adalah kesinambungan daripada kejayaan BNSSB menyiapkan enam kapal peronda generasi baharu (NGPV) sebelum itu. (itu pun dengan bill out kerajaan setelah menghadapi masalah ketidakcekapan pengurusan).

Nampaknya pisang berbuah 2 kali, pada Oktober 2019 bahawa penyerahan LCS pertama KD Maharalela yang dijadualkan pada tahun tersebut terpaksa ditangguhkan atas alasan komponen penting kapal tak sampai. Penyertaannya dalam LIMA 2019 juga dibatalkan.

Hakikatnya ia telah bergelumang dengan pelbagai masalah untuk disiapkan dan sekali lagi isu kelemahan tadbir urus menjadi antara punca utama kepada kegagalan projek LCS. 

Untuk kali kedua, kerajaan terpaksa campur tangan untuk menyelamatkan projek ini dari berlarutan tertangguh atau terbengkalai terus. 

Program LCS ini merupakan program yang penting bagi TLDM untuk mendapatkan aset yang baru dan canggih dalam memelihara kedaulatan samudera negara.

Kebergantungan kepada aset lama dan usang meletakkan tahap kesiagaan TLDM berada pada tahap yang lemah, menyebabkan armada kita semakin terbelakang berbanding negara serantau.

sumber : Malaysia Gazette & Sinar Harian

8 comments:

sandstorm7 said...

Pwetanyaan nya mudah...kenapaTLDM tidak mwmbina terus kapal tersebut langsung dari OEM..? Kenapa terus memberikontrak kepada limbungan kapal yg kurang cekap dan bermasalah....?

gen2 said...

tujuan asalnya mungkin supaya anak tempatan ada kepakaran dalam bina kapal supaya tak terlalu bergantung dengan pihak OEM. Made in Malaysia harapnya. Kalau dah tak amanah bagi apa pun akan hancur.

sandstorm7 said...

Aku setuju tpi sudah terpesong...paling terdekat LCS pertama d lancarkan 2030- 2032....pada masa itu smua peralatan dan sensor elektronik sudah lapok dan perlu d naik taraf....duit lgi....itu cara memerah susu dari lembu....

sandstorm7 said...
This comment has been removed by the author.
sandstorm7 said...

Utk anak melayu punya kepakaran....
1.cara ethika krj perlu contohi jepun.
2.buang tabiat kemelayuan
3.banykan bergaul dgn bangsa luar atau kaum asing
4.hantar kluar negri utk krj dan belajar cara bangsa yg progresif
4.kta perlukan pekerja yg fasih bahasa ingris,kerna smua blue print manual d tulis dlm bahasa ingris

sandstorm7 said...

I find this blog is more fact compared to malaysia defence yg membuat pembaca bikin tanda tanya n post their say.....keep it up n hopefully this blog akan bnyk trafik

sandstorm7 said...

Ternyata semasa berlakunya peperangan antara HAMAS dan Israel frigate canggih israel tak bole menangkis roket HAMAS yg d tujukan ke telaga minyak dan gas israel.
Yg bole di andalkan ada lah kapal jenis FAC yg lincah dan laju dan lebih murah dari frigate,utk membawa peralatan lektronik jammer dan senjata kaliber sederhana utk menangkis roker buta HAMAS

sandstorm7 said...

Admin tak update ke blog ini..? You stories are fact mostly....not like other journalist...