Monday, July 12, 2021

GRUMMAN F-14 TOMCAT

McDonnell Douglas F14 Tomcat 

Grumman F-14 Tomcat merupakan sebuah pesawat pejuang dua tempat duduk berkelajuan supersonik, berenjin kembar dan mempunyai sayap geometri boleh ubah buatan Amerika. Pesawat ini terbang buat pertama kali pada 21 Disember 1970 dan mula digunakan pada September 1974.

Peranan pesawat ini ialah sebagai pesawat air-superiority maritim dan interceptor bagi pertahanan angkatan laut dan pengawasan taktikal bagi Tentera Laut A.S dari tahun 1974 hingga 2006.

Rekaan kokpit dua tempat duduk dengan Bubble kanopi akan memberikan jarak pandangan 360 darjah bagi kru pesawat dalam pertempuran udara-ke-udara.

Pesawat ini memulakan perkhidmatan dengan Tentera Laut A.S pada 1974 untuk menggantikan pesawat F-4 Phantom ll.

Pesawat ini juga dieksport ke Tentera Udara Iran pada 1976 pada zaman Pemerintahan Mohammad Reza Pahlavi dan merupakan lambang jalinan persahabatan AS dan Iran sebelum Revolusi Islam-Iran.

Program pesawat ini bermula apabila pihak tentera laut menginginkan sebuah pesawat yang boleh menjadi pelindung angkatan kapalnya dengan peranan utamanya adalah dengan melakukan pemintasan terhadap pesawat pengebom Soviet sebelum ia dapat melancarkan peluru berpandu ke atas aircraft carrier.

Daripada 5 buah syarikat yang menghantar cadangan pesawat baru ini. Firma McDonnell Douglas dan Grumman telah dipilih sebagai pemenang program ini pada tahun 1969.

Walaupun berat F-14 ringan dari F-111B, tetapi ia masih merupakan pesawat terbesar, terberat dan termahal yang akan digunakan A.S untuk dioperasikan di atas aircraft carrier. 

Berat ini berasal dari radar AWG-9,peluru berpandu AIM-54 Phoenix,dan beban bahan api bakar dalaman seberat 7,300 kg.

sistem persenjataan yang boleh dibawa oleh F-14

F-14 pada mulanya dilengkapi dengan dua enjin turbofan tambahan Pratt & Whitney TF30 (atau JTF10A), masing-masing diberi nilai daya tujahan 20,900 lb (93 kN), yang membolehkan pesawat mencapai kelajuan maksimum Mach 2,34.

Dalam beberapa versi seterusnya seperti F14A, F14B dan F14D menggunakan enjin baru GE F110-400 kerana dikatakan enjin TF30 mempunyai masaalah dan menjadi penyebab beberapa kemalangan pada F14 sebelum itu.

Selain dari enjin, sistem avionik juga turut dipertingatkan seperti F14B menerima sistem terkini jenis radar AN/ALR-67 Homing and Warning (RHAW). Manakala F14D pula menerima sistem avionik digital termasuk kokpit kaca dan menggantikan radar AWG-9 dengan radar AN/APG-71 terbaru.

Sistem-sistem lain termasuk Penyerak Pelindungan Diri Udara (ASPJ), Sistem Agihan Maklumat Taktikal Bersama (JTIDS), Kerusi Anjal Krew Udara Tentera Laut Biasa (NACES), SJU-17 (V) dan Penjejak dan Pencari Inframerah (IRST). 

F14 Tomcat telah telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Angkatan Laut A.S. pada 22 September 2006, dan digantikan oleh Boeing F / A-18E / F Super Hornet untuk dioperasikan diatas Aircraft Carrier. Beberapa pesawat F-14 yang sudah bersara telah dipamerkan di seluruh AS.

Iran masih lagi mengoperasikan pesawat F-14  walaupun menghadapi kekurangan spare part akibat sekatan dari pihak U.S.

sumber : Geng bawah radar & wiki


No comments: