Sunday, December 5, 2021

UAE BORONG 80 JET PEJUANG RAFALE

Helikopter Caracal yang di operasikan oleh TNI AU juga dipesan oleh UAE

PARIS, 4 Dis – Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memesan sebanyak 80 buah jet pejuang Rafale F4 dari Perancis.

Syarikat pengeluar Rafale, Dassault Aviaiton dalam satu kenyataan berkata, kontrak perolehan pesawat telah dimeterai diantara pihak pembekal dengan kerajaan UAE. 

“UAE menjadi negara luar Perancis untuk mengoperasikan jet pejuang Rafale F4,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, kontrak ini sekaligus memantapkan kerjasama antara UAE dan Dassault yang terjalin semenjak 45 tahun.

Rafale secara rasmi dibeli oleh UAE semasa lawatan rasmi Presiden Perancis Emmanuel Macron ke negara Teluk Parsi pada hari Jumaat, 3 Disember 2021.

Pesawat Rafale akan dihantar ke UAE mulai 2027, bertujuan untuk menyasarkan pesawat pejuang Mirage 2000 yang digunakan oleh tentera udara negara itu.

Selain Rafale, UAE juga bersetuju untuk membeli 12 helikopter Caracal daripada Airbus. Kontrak perolehan untuk jet dan helikopter itu bernilai sekitar €17 billion.

Rafale F4 merupakan standard terbaharu jet pejuang tersebut yang dilancarkan oleh Dassault Aviation pada tahun 2019.

Standard ini merupakan varian tingkat upaya yang memperkenalkan penggunaan radar AESA Thales RBE2, pod sasaran jarak jauh Thales TALIOS dan pod peninjau Reco NG.

Selain daripada itu, varian F4 turut mempunyai system komunikasi yang ditingkat upaya, system paparan yang diperbaharu, sistem kawalan enjin baharu.

Rafale F4 turut dilengkapi dengan sistem persenjataan baharu iaitu misil udara-ke-udara Mica Next-Generation (NG) dan bom panduan Sagem Armement Air-Sol Modulaire (AASM).

Persetujuan UAE untuk membeli 80 pesawat pejuang Rafale telah dimeterai selepas usaha negara Teluk Parsi itu untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 dari Amerika Syarikat menghadapi masalah yang disebabkan oleh pendirian Presiden Joe Biden.

Penglibatan UAE, dalam konflik di Yaman dan penngunaan teknologi 5G yang dibangunkan oleh syarikat China Huawei menyebabkan Biden mengambil keputusan untuk mengkaji semula penjualan pesawat F-35 kepada negara itu.

sumber : airtimes.my & zonajakarta

No comments: