Tuesday, June 28, 2022

LHD TCG ANADOLU SEDANG JALANI UJIAN PENERIMAAN LAUT

 

LHD TCG Anadolu Turki : foto dari Military-today

Ujian penerimaan laut telah dimulakan untuk kapal serangan amfibia pelbagai guna Turki TCG Anadolu dan sekaligus sebagai Flag ship.

Menurut Ismail Demir iaitu ketua Presidensi Industri Pertahanan (SSB) dalam akaun twiternya, "TCG Anadolu telah memulakan ujian penerimaan laut, yang merupakan peringkat terakhir projek dan kami sedang menjalankan ujian untuk pelbagai sistem."

"Kami akan mengukuhkan lagi kehadiran kami di laut dengan Anadolu, yang akan kami masukkan ke inventori selepas aktiviti pengesahan dan pensijilan," katanya.

TCG Anadolu ialah kapal jenis dok  pendaratan helikopter (LHD) yang bina berasaskan model LHD Juan Carlos Sepanyol.

Kapal itu ditetapkan untuk dilengkapi dengan pelbagai sistem domestik.

Untuk kuasa udaranya, helikopter penyerang AH-1W dijangka akan digunakan pada mulanya, sebelum Turkish Aerospace Industries (TAI) membuat helikopter Atak-2 yang disesuaikan untuk platform tentera laut menggantikan helikopter tertentu tersebut.

Helikopter penyerang T-129 Atak

Untuk platform darat, salah satu produk domestik yang menjadi tumpuan ialah kenderaan serangan amfibia, ZAHA yang dibangunkan oleh FNSS.

Kenderaan serangan marin (MAV) ZAHA yang berkapasiti 21 orang telah direka untuk memudahkan pergerakan pantas tentera laut ke lokasi misi dan membolehkan marin mencapai garis pantai dalam masa yang sesingkat mungkin untuk menangani ancaman musuh. Ia kini dalam proses ujian.

Kenderaan itu ditetapkan untuk beroperasi seperti kenderaan tempur berperisai apabila di darat, menawarkan perlindungan balistik dan periuk api.

Kenderaan serangan amfibia -ZAHA dari FNSS

Ia pada mulanya dipamerkan di Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa di Istanbul pada 1 Mei 2019.

Sementara itu, TCG Anadolu juga dijangka digunakan dengan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), yang pertama seumpamanya.

TCG Anadolu merupakan kapal serangan Amfibia pertama Turki dan boleh dikonfirugasikan sebagai kapal pengangkut pesawat STOVL.

Dibina di limbungan kapal Sedef Shipbuilding Inc. di Istanbul yang beratnya mencapai 27 tan dan panjang 232 meter.

Berkemampuan membawa 4 unit helikopter Atak T-129, 8 unit Eurocopter As532 atau CH-47F, 2 unit S-70B Seahawk dan Baykar Bayraktar TB3 atau Baykar Bayraktar Kızılelma UCAV.

Kapal kedua (sister ship) iaitu TCG Trakya sedang dalam perancangan untuk pembinaan.

Sumber : Daily sabah.com


No comments: