Sunday, April 22, 2007

KELAS KEDAH (MEKO-100 RMN)

KD Terengganu (174)
Kelas Kedah adalah merupakan kelas OPV (Offshore Patrol Vessel) dalam inventori Tentera laut Di Raja Malaysia (TLDM). 

Kelas Kedah dibina oleh Firma Blohm + Voss dari Jerman berdasarkan model Meko A100 yang berkonsep FFBNW (Fitted For But Not With).

TLDM bercadang mendapat 27 buah kapal NGPV (New Generation Patrol Vessel) ini yang jumlah kontraknya ialah RM24 billion. 


Dalam tempoh 8 tahun TLDM dijangka akan menerima 6 buah kapal generasi baru ini. Dua kapal pertama dibina di Jerman dan selebihnya oleh PSC-ND di dalam negara.

Kedua-dua kapal ini dikenali sebagai KD Kedah (171) dan KD Pahang (172) akan mengambil alih tugas yang selama ini dilakukan oleh Kapal Ronda (Patrol Craft) Kelas Sabah dan Kelas Kris iaitu mengawal pesisir pantai negara dari sebarang ancaman musuh.
.
Terkini hanya 6 buah sahaja yang  kapal yang diterima oleh tentera laut Malaysia iaitu 
1.  KD Kedah          - 171
2.  KD Pahang        - 172
3.  KD Perak           - 173
4.  KD Trengganu   - 174
5.  KD Kelantan      - 175
6.  KD Selangor     - 176

Spesifikasi Kelas Kedah
Panjang Keseluruhan : 91.10 meter
Lebar Paras Air ........:  11.8 meter
Kedalaman ...............:  3.4 meter
Berat .......................:  1800 tan
Krew ........................:  68 orang
Masa Beroperasi ......: 21 hari
Jarak Rondaan ........: melebihi 6000 batu nautika dengan kelajuan 12 knot
.
Sistem Persenjataan / Radar
Meriam Utama : Oto Melara 76/62mm Super Rapid (automatik)
Meriam Sekunder : Oto Breda 30mm (dengan sistem TMEO)
SSM : 4 x SSM Exocet MM40 Block II (dalam cadangan)
Sistem Anti pesawat Udara : RAM MK31 (Rolling Airframe Missile) -dalam cadangan.
Sistem Radar : STN 9600 ARPA radar navigasi, ADD 150 radar pandu arah,
.....................: sistem sokongan elektronik THELES SCEPTRE-X


............
meriam Oto Breda 30mm.................................. Meriam Oto Melara 76/62mm

Sistem Enjin
Enjin : 2 x Caterpillar 16V 3616 beri kuasa kepada 2 kipas Kamewa Ulstain
Sistem Gear : 2 x Reinjes LAF 6635
Kuasa Elektrik : 4 unit janakuasa Caterpillar 12V 3412TA
Kelajuan Maksima : 22 knot

Helikopter

Bahagian dek helikopter NGPV ini boleh menempatkan sebuah super Lynx 300.








No comments: