Monday, April 30, 2007

KERETA KEBAL UTAMA "LEOPARD 1"

Leopard 1 - Jerman

Leopard (atau Leopard 1) di hasilkan oleh Firma Krauss-Maffei Jerman, memasuki service kali pertama pada tahun 1965 dan merupakan Kereta Kebal Utama bagi Jerman.
.
Pembinaannya bertujuan mengantikan kereta kebal Amerika M47 dan M48 yang dimamah usia dan ketinggalan zaman dalam inventori tentera Jerman.

Mempunyai rekabentuk konvensional dan dilengkapi dengan meriam utama 105-mm British L7 versi buatan Jerman. Keupayaan meriam ini ialah mampu menembak projektil (armor-pearcing) hampir sejauh 4500 kaki dalam masa sesaat.
.
Pada bahagian atas turet 2 unit mesingan 7.62mm NATO dipasang.
.
Pengeluaran Leopard ini bermula pada tahun 1965. Sejumlah 6485 buah kenderaan ini telah dibina, dimana 4744 Kereta Kebal Utama (MBT), 1741 kenderaan Utiliti dan anti-aircraft berbagai variasi. Jerman Barat sahaja pada waktu itu memiliki hampir 3600 buah Leopard 1

Antara negara-negara yang menggunakan MBT Leopard 1 ialah Belgium, Denmark, Greece, Italy, Belanda, Norway, Turki, Australia dan Chile.
Leopard 1 ini kemudian telah digantikan oleh MBT yang baru dan lebih berkeupayaan iaitu Leopard 2 pada tahun 1979.

Sepanjang perkhidmatan Leopard 1 terdapat beberapa versi yang telah ditingkat upaya antaranya :
Leopard 1A1
Mempunyai sistem penstabilan senjata yang baru dari Cadillac-Gage. Tembakan meriam lebih efektif semasa bergerak. Penambahan sistem armor pada turret. Jeket thermal haba yang baru untuk mengawal kepanasan laras meriam.
Leopard 1A2
Penambahbaikan sistem armor pada turret yang ada pada Leopard 1A1, sistem imej PZB 200 serta sistem radio digital.
Leopard 1A3
Mempunyai turret baru dan Sistem TRP 2A independent sight yang telah ditingkat upaya di pasang di tempat komander.
Leopard 1A4
Model ini merupakan keluaran batch ke enam, sebanyak 250 buah. Pembaharuan sistem komputer bagi sistem kawalan tembakan dan sistem baru EMES 12A1.
Leopard 1A5
Pengubahsuaian pada bahagian belakang turet untuk menambah lebih banyak peralatan baru. Di lengkapi dengan sistem kawalan tembakan yang moden dan sistem pandang malam/cuaca buruk.
Selain itu peluru yang lebih efektif diperkenalkan untuk Leopard 1A5 seperti APFSDS.

Spesifikasi

Crew.................................4 (Commander, Gunner Loader/Operator dan Driver )
Berat.................................42 tan
Panjang............................9.54 metres (gun forward)
Lebar.................................3.37 metres
Tinggi.................................2.62 metres (top of sight)
Ground Clearance..............0.44 metres
Meriam utama ..................105mm L7A3 QF gun
Ammunition.......................59 rounds ( 17 in turret and 42 in hull)
Mesingan..........................7.62mm MG2A1 Co-axial 7.62mm MG3 externally on cupola
Smoke Dischargers............4 x 76mm dikiri dan kanan turet
Engine...............................Daimler Benz MB838 V10 cylinder 4 stroke diesel 610 kW (830hp) at 2200 rpm
Gearbox.............................ZF 4 HP 250 dengan gear hadapan dan 2 gear kelajuan mengundur
Kapasiti minyak.................950 litres
Kelajuan maksima..............62 km/hr
Jarak.................................500 km

.. ..

.