Monday, April 14, 2008

DDG ARA HERCULES -TYPE 42

DDG ARA Hercules
DDG Hercules (Type 42) adalah merupakan kapal perang kelas Pemusnah (Destroyer) bagi Tentera Laut Argentina. Mula dipesan pada tahun 1970, sebanyak 2 buah iaitu dikenali sebagai ARA Hercules dan ARA Santisima Trinidad. 
.
ARA Hercules dibina di limbungan kapal Vickers Barrow-Furness United Kingdom, manakala ARA Santisima Trinidad di pasang di Argentina.
Mula memasuki servis bersama Tentera laut ialah pada tahun 1977, Pernah terlibat dalam perang Falkland 1982.  

Kedua-duanya digerakkan untuk mengiringi kapal pengangkut pesawat ARA Veinticinco de Mayo dalam memerangi angkatan tentera British dan menyaksikan kejayaan kedua-duanya menenggelamkan dua buah kapal pemusnah British dari jenis yang sama, Type 42 iaitu HMS Sheffield and HMS Coventry.
.
Selepas perang Falkland operasi kedua-dua kapal ini menjadi terhad di sebabkan kekurangan alat ganti, oleh kerana kedua-dua kapal itu buatan British dan semestinya alatan ganti adalah dari British. 
.
Pada tahun 1984 kedua-dua kapal ini telah diletakkan untuk dijual tetapi tidak mendapat sambutan.
.
Disebabkan kekurangan alat ganti untuk penyelenggaraan, pihak tentera Laut Argentina telah mengoperasi sebuah sahaja iaitu ARA Santisma Trinidad manakala ARA Hercules disimpan untuk dijadikan sebagai alat ganti.
.
Pada tahun 2000 ARA Hercules telah diaktifkan kembali dan dihantar ke limbungan kapal ASMAR di Talcahuano, Chile untuk dibaikpulih dan ditukarkan peranannya menjadi “fast-attack transport“. Maka ARA Santisima Trinidad pula dinyah aktifkan dan disimpan sebagai alat ganti untuk ARA Hercules.
.
Kapal ini mempunyai berat keseluruhan 4100 tan dengan kelajuan maksimum boleh dicapai iaitu 28 knot. Keluasan rondaan ialah 4000 batu nautika dengan hanya kelajuan 18 knot.
.
Sistem persenjataan yang dimilikinya ialah 1 twin GWS.30 Sea Dart SAM launcher (jumlah 22 misil) dan 4 MM.38 Exocet. Manakala sistem mesingan ialah x1 Vickers MkVIII 4.5” 10NM AA/surface dan 2x Oerlikon MkVII 20mm 1.5NM AA. 

Meriam utama ialah jenis Mark 8 (114mm). Mempunyai dek pendaratan helikopter yang mampu menampung heli jenis Alouette III atau Lynx Mk23.


Dek pendaratan helikopter

No comments: