Monday, April 7, 2008

TYPE 74 - MBT DARI JEPUN



Type 74 adalah merupakan salah sebuah MBT (kereta Kebal Utama)yang dimiliki oleh Tentera Darat Jepun (JGSDF) bagi menggantikan MBT model lama iaitu Type 61. Type 74 ini dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries dalam tahun 1975 dan mula memasuki JGSDF dalam awal tahun 1980.

Reka bentuknya yang kontemporari telah meletakkan ia dalam satu kelas yang sama dengan MBT USA M60 Patton ataupun sama dengan Leopard 1 buatan Jerman. 

Turret Type 74 mempunyai persamaan dengan turret AMX-30, dilengkapi dengan meriam L7 105 mm Royal Ordnance. Berkemampuan menembak peluru meriam jenis APFSDS dan HEATMP

Sejumlah 893 buah jenis ini telah dihasilkan dan masih berkhidmat dalam Angkatan tentera Jepun.

Turret ini diperbuat daripada besi tuang dimana tempat duduk komander dan jurutembak disebelah kanan manakala tempat duduk loader disebelah kiri. 

Enjinnya adalah dari jenis Mitsubishi 10ZF Type 22 WT 10-cylinder diesel (750hp) dipasangkan kepada transmisi manual Mitsubishi MT75. Sistem suspensi ialah dari jenis hydropneumatic dan boleh dilaras mengikut kesesuaian bentuk muka bumi yang dilalui.

Mesingan coaxial 7.62mm Type 74 dipasang bersama dengan meriam utama dan mesingan 12.7mm(0.5) Browning M2 HB dipasang diatas turet berhadapan dengan posisi komander dan loader.

MBT Type 74 ini mempunyai berat keseluruhan iaitu 38 tan (38,000kg), ketinggian kereta kebal ialah 2.48 meter dan mampu bergerak dengan kelajuan maksima 53 km/jam.

No comments: