Tuesday, April 22, 2008

RADAR PERTAHANAN UDARA "GIRAFFE"



Radar GIRAFFE dari Ericsson merupakan salah satu dari keluarga radar, berdasarkan sistem pertahanan udara dan pemantauan yang menggunakan teknologi sistem radar 3D.

Ianya diguna pakai bagi sistem misil pertahanan udara jarak sederhana dan dekat (SHORAD) - Short Range Air Defence.


Agile Multi-Beam (AMB) yang digunakan oleh radar GIRAFFE, termasuklah penggunaan sistem (C3) yang merangkumi Perintah, kawalan dan komunikasi.

Ini membolehkan GIRAFFE bertindak sebagai pusat kawalan dan perintah (command and control) dalam sistem pertahanan udara, ianya juga boleh disatukan dalam sistem sensor (sensor net) untuk mendapat jarak pemantauan yang lebih luas.

Ianya dipasang didalam kenderaan pelbagai guna, tertutup dan panjangnya 6 meter. Kenderaan ini dilindungi dari peperangan NBC (Nuclear, Biological and Chemical) dan juga mempunyai pelindung perisai ringan untuk mencegah dari terkena tembakan senjata ringan serta serpihan-serpihan ledakan.


Keupayaan Sistem Radar GIRAFFE


Radar GIRAFFE AMB mampu memaparkan sasaran 3D yang terkini dalam jarak ruang lingkup yang besar pada kadar 1 per saat.

Jarak yang efektif yang boleh dikesan oleh radar ini ialah 20 km hingga 40 km.

Radar ini mampu diletakkan di mana-mana tempat yang mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai. Dari jarak 40km ia mampu mengesan roket, tembakan meriam dan juga roket mortar manakala jarak 20km ia mampu mengesan sebarang roket yang dilancarkan oleh musuh.
 
Ia juga mampu mengekalkan denyutan densiti yang di terima dari tekanan penyerakan yang tinggi akibat daripada cuaca yang kurang baik.

Ultra-low antenna side-lobes dikombinasikan dengan ketangkasan frekuensi pulse-to-pulse dan burst-to-burst, menyediakan satu sistem pertahanan daripada dijamming oleh musuh.

Anggota tentera yang terlatih mampu memasang radar ini dalam masa 10 minit dan memunggahnya kembali dalam masa lebih kurang 3 minit.

Sistem Radar Pemantauan dan pertahanan udara GIRAFFE ini dioperasikan di 20 buah negara antaranya ialah Sweden, Ireland, Singapura, Malaysia, Britian, Amerika Syarikat dan lain-lain.


No comments: