Wednesday, January 28, 2015

EXOCET - PELURU BERPANDU ANTI KAPAL


Exocet, peluru berpandu anti-kapal dari Perancis yang boleh dilancarkan dari beberapa platform seperti pesawat, helikopter,  kapal perang dan kapal selam.

Semua peluru berpandu mempunyai sistem asas yang sama iaitu tahan dalam semua-cuaca, sea-skimming, tembak-dan-lupa (fire and forget), radar petunjuk dan di gerakkan oleh motor roket pepejal dwi teras pada kelajuan transonik.

Ianya bertujuan untuk menyerang kapal-kapal perang yang besar dan juga kecil pada jarak sederhana seperti kapal jenis Pemusnah (Destroyer), Frigat dan Korvet. 

Exocet MM-38
Pelancar MM-38
Pembangunan pertama Exocet bermula pada tahun 1967 iaitu versi kapal dilancarkan, ia dikenali sebagai MM-38 (Mer-Mer 38 untuk jarak 38 kilometer).  

Berat MM-38 ialah 735kg dengan kelajuan maksima ialah Mach 1 dan membawa kepala peledak seberat 165kg High Explosive dan di pasang dengan proximity fius untuk delay-impact.

Tentera Laut Perancis menganugerahkan kontrak kepada syarikat  Aerospatiale (sekarang MBDA France) untuk menghasilkan peluru berpandu yang mempunyai kuasa untuk membinasakan kapal perang yang besar. MM-38 memasuki perkhidmatan Tentera laut Perancis pada 1975.



AM-39 dipasang pada Super Etendard

Kajian mengenai varian udara bermula pada tahun 1972 dengan ujian yang dijalankan ke atas MM38 yang diubahsuai untuk membolehkan mereka dibawa di bawah pilon helikopter dan jet.

Setelah konsep yang diperkenalkan ini berjaya, peluru berpandu yang baru AM-39 diperkenalkan, menggunakan motor roket yang diubahsuai dengan masa pembakaran yang lebih lama, tujahan lebih besar dan disesuaikan dengan kerangka pesawat udara  untuk bergerak pada kelajuan supersonik.

Jarak jangkauan AM-39 ialah 50 hingga 70 kilometer, ini bergantung kepada altitud serta kelajuan pesawat yang melancarkanya. Ia memasuki perkhidmatan tentera laut Perancis ( bahagian udara) pada tahun 1979.

Penembakan Exocet MM40 Block II dari platform kapal
Pelancar MM-40 yang ringan dari MM-38
MM-40 merupakan versi tingkat upaya yang dilancarkan dari kapal, mula dibangunkan pada tahun 1976. Versi ini mempunyai pencari radar yang lebih tepat, jaraknya telah ditingkatkan kepada 40 batu nutika (70 kilometer) dan bekas pelancar yang ringan. Ia memasuki perkhidmatan dalam tentera laut Perancis pada tahun 1981.

Peluru berpandu Exocet MM-40 Block 2 adalah merupakan versi penambahbaikan dari versi MM-40  dan MM-40 Block 3 iaitu versi terbaru telah ditingkat upaya dari MM-40 Block 2. Ianya lebih ringan dari Block 2

Kemajuan yang dilakukan kepada MM-40 Block 3 ialah penukaran kepada enjin turbojet menjadikan jarak jangkauannya 180 kilometer, sistem elektronik baru, penggunaan sistem digital komputer sepenuhnya serta sistem panduan GPS arahan titik laluan, yang membolehkan ia untuk menyerang sasaran tentera laut dari sudut yang berbeza dan juga sasaran darat.
 
SM-39 dilancarkan dari kapal selam
Versi terakhir dalam keluarga Exocet ialah SM-39 iaitu peluru berpandu yang dilancarkan dari kapal selam. Ianya merupakan versi tingkat upaya dari peluru berpandu AM-39. Mula digunakan oleh Division Kapal Selam Perancis pada tahun 1985.  

SM-39 menggunakan bekas khas yang boleh di lancarkan dari tiub torpedo 533mm. Ianya dikenali sebagai VSM (Véhicule Sous Marin) dan sistem pendorongan yang menggunakan tujahan motor roket berkuasa rendah membolehkan kapal selam menembak peluru berpandu tanpa mendedahkan kedudukannya.  

Kehebatan Exocet terbukti pada tahun 1982, semasa Perang Falklands, Exocet telah menjadi perhatian di seluruh dunia apabila peluru berpandu AM-39 di lancar dari Super Etendard tentera Argentina, berjaya menenggelamkan HMS Sheffield kapal Pemusnah Royal navy. 

Selain itu kapal kargo Atlantic Conveyor dan HMS Antelope juga tenggelam akibat dari hentaman peluru berpandu Exocet.

Semasa perang Iran-Iraq pada 1980an, tentera udara Iraq telah menembak hampir 100 peluru berpandu AM-39 terhadap Kapal perang dan juga pelantar minyak Iran.

Dua misil Exocet dari Mirage F1 Iraq juga pernah di gunakan untuk menembak kapal perang Amerika USS Starke di Teluk Parsi pada 1987 dan menyebabkan kerosakan teruk serta membunuh 37 anak kapal.

Hampir 32 buah negara telah menggunakan misil Exocet ini dalam pelbagai platform. Malaysia merupakan negara yang banyak mengoperasikan misil ini iaitu MM-38, MM-40 Block 2, MM-40 Block 3 dan SM 39.

Kesemuanya dipasang pada platform Kapal perang iaitu pada frigat Kelas Kasturi, Frigat kelas Lekiu dan korvet kelas laksmana. Manakala SM-39 di pasang pada kapal selam Scorpane KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.
 

No comments: