T-55 adalah
kereta kebal serdahana (Medium Battle Tank) buatan
Russia. Ia merupakan versi tingkat upaya
dari T54. Berbentuk trek dimana terdapat 5 roda pada treknya.
T-55
mempunyai badan yang
rendah silhouetted dengan turet berbentuk
kubah dipasang diatas
roda track ketiga.
T-55 telah diperkenalkan pada
tahun 1958 dgn menggabungkan
semua elemen yang terdapat pada
T54 dan menambahbaik lagi tanpa mengubah
rekabentuk dan rupa asalnya.
Selain dilengkapi
dengan meriam utama 100mm D-10T2S. T55 dipasang dengan mesingan sepaksi 7.62 mm
dan juga bow-mounted mesingan 7.62-mm. Dikendalikan oleh 4 orang anggota.
T-55 juga mempunyai dua
satah penstabilan pada meriam utama dan
bukannya penstabilan secara menegak
dan mampu menembak sebanyak 43 pusingan. Kadar tembakan
ialah 5-7 pusingan/min
Semua T-55 mempunyai sistem pengesanan radiasi
PAZ, pelapik anti-radiasi dan juga mungkin
telah dipasang dengan sistem perlindungan NBC
(Nuclear, Biology and Chemical) secara kolektif penuh.
Ia dilengkapi dengan enjin diesel 580
hp V-12 Water-cooled berbanding enjin lama hanya 520
hp, meningkatkan jarak perjalanan hingga
500km. Jika di lengkapi dengan tangki tambahan yang
terletak dibelakang , ia mampu menambah jarak perjalanannya hingga 715km.
Dengan berat 36 tan, kelajuan
maksima T55 ialah 50 km/jam iaitu diatas jalan utama. Jika dikawasan tanah beralun
kelajuannya hanya 35km/jam
Untuk sistem perlindungan
tambahan T-55 telah dilengkapi dengan ‘ bra-armor’, iaitu perisai separuh bulat,
yang meningkatkan perlindungan turet
kepada 330 mm
tebal (depan)dan 400-450 mm (Kiri dan Kanan turet).
Penambahbaikan lain yang disediakan termasuk bahagian bawah badan kereta kebal ini diperkukuh dari letupan
periuk api, enjin yang lebih baik, pad trek
getah dan sarung
haba untuk meriam.
T55 telah dioperasikan oleh
59 buah negara dan telah terlibat dalam banyak peperangan seperti perang Vietnam,
pencerobohan di Hungary
pada tahun 1956, Czechoslovakia pada tahun 1968, dan Syria
pada tahun 1970, ia juga merupakan
kereta kebal utama pihak Arab dalam tahun 1967
dan 1973 iaitu peperangan dengan Israel.
T55 dalam perbarisan |
T55 di guna dalam perang saudara di Syria |
No comments:
Post a Comment