Wednesday, May 6, 2015

AERMACCHI MB-339 PESAWAT LATIHAN / PENYERANG RINGAN

Aermacchi MB339CM TUDM

Aermacchi MB-339 adalah sebuah pesawat latihan lanjut dan penyerang ringan keluaran Itali. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan untuk mengantikan pesawat Aermacchi MB-326.

MB-339 dianggap memenuhi keperluan Angkatan Udara Itali ketika itu kerana murah berbanding reka bentuk pesawat  yang lain menyebabkan ia dipilih untuk menggantikan kedua-dua MB-326 dan G.91T Fiat dalam perkhidmatan tentera udara Itali.

Pesawat itu telah dipasang dengan sirip yang lebih besar dan kuasa enjin untuk versi awal adalah enjin Rolls-Royce Viper 632-43, menghasilkan 4,000 lbf (17.8 kN). Manakala untuk enjin versi baru ialah Rolls-Royce  Viper 680, dilengkapi dengan sistem avionik yang dipertingkatkan.

Selain dari pesawat latihan MB-339 mampu berperanan sebagai pesawat penyerang ringan berkeupayaan untuk membawa pelbagai bom dan misil mengikut standard US dan NATO pada enam hardpoints di bawah sayapnya.

Setelah hampir 20 tahun TUDM mengoperasikan 10 buah pesawat MB-339A, kerajaan Malaysia telah memesan sebanyak 8 buah pesawat latihan Aermacchi versi baru iaitu MB-339CM pada akhir tahun 2006 bagi menggantikan pesawat MB-339A yang telah usang.

Lapan buah pesawat latihan MB-339CM telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia oleh firma Alenia Aermacchi dari Itali itu dengan harga  88 juta euro ($ 132.800.000) dan di tempatkan  di pengkalan Udara TUDM Kuantan.
 
MB-339A (Tanpa Probe isi minyak)


Perjanjian pembelian ini  meliputi pesawat, alat ganti, peralatan pendaratan dan dua tahun sokongan, serta latihan juruterbang, yang bermula di Itali pada awal 2009. 

Pesawat ini telah dihantar secara berperingkat-peringkat, dengan dua pesawat terakhir diterbangkan dari kemudahan Aermacchi di Venegono, Itali, pada 28 November 2008 ke Kuantan.

Dalam konfigurasi MB-339CM yang baru, berasaskan versi CD yang digunakan oleh Tentera Udara Itali, Pesawat latihan dua kerusi , satu enjin ini di lengkapi dengan latihan similasi terbenam, pemetaan digital dan ciri-ciri keselamatan yang baru.

Pesawat pelatih MB-339CM juga mempunyai paparan Head-up(HUD) dan MFD (Multi Functional Display) tiga paparan pelbagai fungsi pada bahagian kokpit depan dan kokpit belakang , perisian untuk mensimulasikan senario operasi yang kompleks , serta probe mengisi bahan bakar udara yang mampu mempertingkatkan keupayaan latihan dan operasi. 


Dengan adanya versi CM ini ianya berfungsi sebagai Lead-In Fighter Trainers dalam menyediakan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia untuk menerbangkan pesawat pejuang generasi baru yang terdapat dalam perkhidmatan TUDM.

Sehingga kini pesawat MB-339 telah dioperasikan di sembilan buah negara dengan pelbagai versi, antaranya Argentina, Dubai, Eritrea, Ghana, Itali, Malaysia, New Zealand, Nigeria dan Peru

MB-339CB dioperasikan oleh Tentera Udara New Zealand


Sebagai Pesawat Penyerang Ringan (foto from Airforce.mil.nz)

 

No comments: