Sunday, May 3, 2015

KERETA KEBAL PIHAK BERSEKUTU ERA PERANG DUNIA KE II



M2/M2A4


M2 (T2E1)adalah versi awal kereta kebal ringan, pada 1935 versi M2A1 dikeluarkan iaitu hanya 10 buah sahaja.
 
Kereta kebal Ringan M2A4 adalah versi yang terakhir dan pengeluaran utama dalam siri M2 ini itu dibangunkan di Rock Island Arsenal. Sebanyak 375 buah dihasilkan sehingga april 1942. 

Dibina pada tahun 1939, dilengkapi dengan meriam  37 mm dipasang pada turret serta mesingan 12.7mm M2 Browning dan 7.62mm M1919 Browning. 

M2A4 juga dilengkapi dengan enjin Continental W670-9A bersamaan 245 kuasakuda. Dalam pengeluaran yang kemudiannya ia dilengkapi dengan enjin Guiberson T1020 diesel.


Disember 1941 serangan Jepun keatas Pearl harbour, merupakan titik permulaan penglibatan Amerika Syarikat dalam kancah perang dunia ke 2.

M2A4 dilihat terlibat dalam pertempuran awal Pasifik di Filipina. Ia juga terlibat dalam pertempuran di Guadalcanal dan pertempuran di Burma serta India dibawah tentera British dalam menghadapi Regimen kereta kebal ke 14 Angkatan tentera Imperial Jepun.
  
Kereta kebal ringan M2A4 semasa kempen di Guadacanal

Kereta kebal siri M2 ini semasa perang sedang berlangsung telah dianggap ketinggalan zaman mengikut standard Eropah semasa itu. 

Ini menyebabkan pihak Amerika mula menggantikannya dengan kereta kebal yang lebih berupaya seperti kereta kebal ringan M3/M5 Stuart pada March 1941


M3 Stuart

M3 Stuart perbezaan meriam dengan M2
Stuart M3, secara rasmi Kereta kebal Ringan M3, kereta kebal ringan Amerika Perang Dunia II. Ia telah dibekalkan kepada tentera British dan Komanwel di bawah sistem pajakan sebelum kemasukan Amerika Syarikat ke dalam peperangan. Selepas itu, ia telah digunakan oleh tentera AS dan Bersekutu sehingga akhir perang.

Mengambil iktibar dari peristiwa di Eropah, pereka kereta kebal Amerika menyedari bahawa kebal Ringan M2 telah menjadi usang dan perlu ditingkat upaya. 

Reka bentuk dinaik taraf, dengan perisai lebih tebal, suspensi diubahsuai dan sistem meriam recoil yang baru. Ianya kemudiannya dipanggil "Kereta kebal Ringan M3".

Pengeluaran kenderaan itu bermula pada Mac 1941 dan berterusan sehingga Oktober 1943 Seperti kereta kebal sebelumnya M2A4, M3 pada mulanya bersenjata dengan 37mm (M5 Gun) dan mesingan Browning M1919A4, di atas turet dipasang mesingan anti pesawat M20.

Enjin untuk versi awal ialah Continental W-670-9A, 7 selinder (250hp). versi baru telah dibangunkan menggunakan enjin berkembar Cadillac V-8 dan transmisi Hydra-Matic.
M3/M5 terlibat dalam beberapa pertempuran seperti Operasi Crusader di Afrika utara dimana 170 buah kereta kebal M3/M5 Stuart terlibat menentang tentera Jerman

M3 Stuart yang ditawan oleh pihak Jepun
Pertempuran seterusnya ialah di Filipina dimana 108 buah M3/M5 Stuart dioperasikan dibawah Rejimen 194 dan 192 Batalion Kereta kebal.

Ia digunakan untuk hadapi kereta kebal ringan Jepun jenis Type 95 Ha-Go dari Rejimen ke 4 tentera Imperial Jepun. Dimana M3 Stuart telah terlibat dalam pertempuran antara kereta kebal dengan Type 95 Ha Go diutara Damortis.


M22 Locust

M22 Locust
Kereta kebal Ringan (Udara) M22 atau Locust merupakan kereta kebal ringan airmobile Amerika yang direka dan dihasilkan semasa Perang Dunia II.


Locust memulakan produksi pada tahun 1941 selepas Pejabat Perang British meminta agar kerajaan Amerika mereka bentuk kereta kebal ringan yang boleh diangkut oleh kapal terbang peluncur ke dalam pertempuran untuk menyokong angkatan udara British.  


260 buah telah dihantar ke Great Britain di bawah Akta pinjam-pajak (land-lease Act) yang diamalkan oleh gabungan tentera bersekutu.



M22 (T9) telah dilengkapi dengan meriam utama 37 milimeter (1.5 in) dan Mesingan Browning M1919A4 mesingan sepaksi, dan juga dua lagi mesingan di sebelah kanannya. 


Meriam utama dan mesin-gun sepaksi telah dipasang di bahagian turet, yang juga telah dipasang penstabil meriam membolehkan ia melakukan tembakan  semasa kereta kebal itu bergerak.

M22 telah dipasang dengan enjin Lycoming enam silinder 162 hp serta air-cooled, dapat memberikan kelajuan maksimum 40 mph (64 km / h).

Ketebalan perisai juga diubah; depan, belakang dan sisi badan kereta kebal itu mempunyai ketebalan 12.5 milimeter (0.49 inci) manakala bahagian curam (slope) dari badan kereta kebal itu mempunyai ketebalan 9.5 milimeter (0.37 inci).

M22 keluar dari kapal terbang peluncur
Terdapat beberapa kelemahan yang ketara menyebabkan pihak Amerika tidak menggunakanya  sebagai kereta kebal utama antaranya perisai yang nipis, meriam utama 37mm kurang berkuasa untuk memusnahkan kereta kebal musuh serta masalah dari segi rekabentuk, enjin kurang berkuasa, tork enjin dan sistem gear yang tidak cekap



M5 Stuart (light tank)
M5 Stuart

Kereta kebal M5 adalah kereta kebal ringan M3 yang telah diubahsuai dengan memberi kuasa baru dan susun atur perisai yang lebih baik.  

Enjin baru M5 adalah enjin Cadillac (Twin Cadillac Series 42; 16 cylinder (8/engine), setiap satu dengan transmisi sendiri.
 

Bahagian Hull kereta kebal ini semua-dikimpal dan bahagian dalam diubahsuai untuk memberi  lebih banyak ruang kepada pemandu. Berat keseluruhan M5 ialah 14.7 tan.


Pemandu mempunyai hac mereka sendiri yang dilengkapi dengan periscopes. Pandangan utama bagi pemandu adalah melalui dua peepholes yang ditutup dengan palam keluli dan disambung dengan rantai.

Turet M5 adalah sama dengan turet kereta kebal ringan M3A1. M5 pada asalnya dikenali sebagai kereta kebal ringan M4, tetapi telah dinamai semula sebagai M5 untuk mengelakkan kekeliruan dengan kereta kebal sederhana M4. Pihak British menamakan M5 Stuart VI.

 
M5 bagaimanapun masih mengekalkan meriam 37mm M6 sebagai senjata utama dan Mesingan Browning M1919A4 mesingan sepaksi, dan juga dua lagi mesingan di sebelah kanannya.

Ciri-ciri utama yang membezakan antara kereta kebal M3A3 dan M5 adalah sisi badan (hull) dan dek belakang. M5 mempunyai dek belakang dinaikkan untuk menampung enjin Cadillac dan sisi badan kapal menegak berkembar, manakala M3A3 telah condong belah badan atas dan enjin dek rata.

Sebanyak 8885 buah kereta kebal M5 telah beroperasi diserata tempat dari tahun 1942 hingga 1945.

Peranan M5 antaranya terlibat dalam operasi “Torch” di Tunisia pada 1942, Operasi Cobra Jun 1944 di Peranchis dan Serangan pihak Berikat di kepulauan Mariannas, Saipan Jun 1944.
 
M5 Stuart Light tank di Montaione Italy 1944



M24 Chafee Light tank

M24 chafee

M24 Chaffee di hasilkan bertujuan untuk menggantikan kebal Ringan M5 (Stuart) yang sudah usang dan tua, yang mana telah digunakan dalam pelbagai misi  dan peranan.


Pada bulan April 1943, Ordnance Corps, bersama-sama dengan Cadillac (yang yang menghasilkan M5), mula menumpukan kepada projek baru, iaitu kebal Ringan T24. Sistem enjin dan transmisi M5 masih lagi dikekalkan.
 

Segala usaha telah dibuat untuk menjaga berat kenderaan itu di bawah 20 tan. Perisai yang dihasilkan juga ringan, dengan plat glacis hanya setebal 25 mm tetapi dicuramkam untuk memaksimumkan keberkesanan. Meriam ringan baru 75 mm juga telah dibangunkan.


Trek dan suspensi bar kilasan adalah sama dengan suspensi M18 hellcat pemusnah kereta kebal (tank destroyer). Sistem bar kilasan adalah untuk memberikan perjalanan yang lebih lancar daripada suspensi volut menegak digunakan pada kebanyakan kereta perisai AS.


Ia mempunyai siluet yang agak rendah dan turet yang memuatkan tiga anggota. Pengeluaran bermula pada tahun 1944 di bawah gelaran Kereta kebal Ringan M24. 


Sebanyak 4731 buah kereta kebal M24 Chaffee dihasilkan sehingga Ogos 1945 dan Sebahagian daripadanya telah dibekalkan kepada tentera British.


Kumpulan pertama sebanyak 34 buah M24 Chaffee dihantar ke Eropah pada bulan November 1944 dan telah diletakkan dibawah US 2nd Cavalry Group (mekanikal) di Perancis.
 US Army M24 Chaffee light tank bertempur di Salzburg Austria awal May 1945



Sumbangan M24 untuk memenangi perang di Eropah adalah kurang kerana ianya dihasilkan pada penghujung perang dunia kedua menyebabkan ia lambat di hantar untuk menggantikan kerta kebal M5


M24 Chaffee banyak terlibat dalam konflik selepas perang dunia kedua seperti pertempuran Dien Bien Phu di Indo-China, Peperangan di Vietnam, Korea dan Perang Indo-Pakistan pada 1971.
 



M4 Sherman

M4 Sherman
M4 sherman siri kereta kebal sederhana membuktikan ia merupakan aset yang tidak ternilai kepada operasi tentera bersekutu di Afrika Utara, Eropah dan pertempuran di Pasifik dalam Perang Dunia ke 2. 

Sebanyak 49234 unit kereta kebal sederhana M4 ini dihasilkan dan berkhidmat dari tahun 1941 hingga 1945.

Ia telah direka dari awal lagi untuk pengeluaran besar-besaran iaitu pada 5 September 1941. Murah dan agak mudah untuk di bina, mudah untuk penyelengaraan, boleh dipercayai, ruang yang luas, kukuh, cepat, perisai yang utuh dan sistem persenjataan yang lengkap, ia adalah kenderaan yang baik dan disukai oleh pihak bersekutu.

Kereta kebal sederhana ini dipasang meriam  75 mm sebagai senjata utama ke dalam turet yang boleh berpusing sepenuhnya (full-traverse).  

M4 juga dipasang dengan enjin, transmisi, runut dan sistem suspensi dari kereta kebal sederhana M3 Lee dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran dan menjimatkan masa. 

Ia juga dipasang dengan mesingan browning 12.7 mm anti pesawat udara dan 3 unit mesingan kaliber 0.30 mm.

Berat keseluruhan M4 ialah 30.3 tan. Kru  5 orang  (commander, driver, co-driver, gunner, loader). Enjin Continental R975 9-selinder. Air-cooled Gasoline. 400 hp (298 kW).

M4 sherman berkhidmat dalam angkatan tentera british melalui sistem pajakan dimana pihak british mendapati mereka kekurangan kereta kebal. 

M4 Sherman dikendalikan oleh Tentera British
Versi pertama yang diperkenalkan kepada pihak british pada February 1942 iaitu versi M4A1(British Sherman Mk. II), lebih 6000 unit telah dihasilkan.

Tidak lama kemudian pada bulan April 1942 versi M4A2 (British Sherman Mk. III) dikeluarkan, di mana 8053 unit telah dihasilkan dan diguna pakai oleh pihak British dan USMC (United State Marin Corps)

Versi yang ketiga yang diguna pakai oleh pihak British ialah versi M4A3 ( British Sherman Mk. IV) di keluarkan oleh Ford Motor Company, mempunyai sistem enjin baru liquid-cooled Ford V8 500 hp dengan kelajuan 42km/j

M4 terlibat dalam pelbagai operasi dan pertempuran sehingga tamat perang Dunia ke 2. Ia juga terlibat didalam perang korea (pengkalan Korea Selatan) dan juga perang Vietnam (Vietnam selatan). 

Ia juga terlibat dalam perang Arab- Israel 1967 dan 1973, dimana pihak Israel memodenkan M4 sebagai M51 super Sherman.

M4 Sherman dimusnahkan oleh tentera Jepun di Iwo Jima

Kereta kebal M4 beraksi di Iwo Jima Jepun.


No comments: