Sunday, February 7, 2016

CHINA LENGKAPKAN SENJATA CANGGIH PADA KAPAL PENGAWAL PANTAINYA YANG BARU

Kapal pengawal pantai terbesar China seberat 12,000 tan CCG 3901
Ketika ketegangan menggunung di laut Filipina barat, China telah melengkapkan kapal  pengawal pantai terbarunya dengan senjata canggih mengikut akhbar negeri yang dikendalikan  tenteraGlobal Times

Setelah selesai pembinaannya  kapal itu akan ditempatkan di laut Filipina barat iaitu kawasan yang diperebutkan (laut china selatan ) menurut akhbar tersebut.

Sebuah kapal sama CCG 2901 telah memasuki perkhidmatan pada tahun lepas di Laut China Timur, di mana China secara berasingan terlibat dalam pertikaian wilayah dengan Jepun. 


Kapal Pengawal Pantai China  CCG 3901, dengan berat 12,000 tan,  akan dilengkapi dengan meriam (rapid fire) 76 milimeter , dua meriam penangkis jarak dekat dan dua mesingan anti-pesawat.

Global Times juga melaporkan CCG 3901 mempunyai platform helikopter dan hangar yang mampu  mengangkut helikopter berat untuk menjalankan operasi udara. Kelajuan maksima ialah 25 knot.
 
Ia juga telah mengalahkan 2 buah kapal pengawal pantai terbesar Jepun yang seberat 9,500 tan sebuah iaitu Shikishima dan Akitsushima adalah merupakan kapal pengawal pantai yang terbesar di dunia sebelum ini, menurut laporan Martinson.

kapal peronda pengawal pantai Shikishima 9,500 tan boleh memuatkan dua helikopter AS332L-1

China menganggap lebih daripada 80% daripada Laut China Selatan adalah wilayah kedaulatannya.  

Pembinaan pesat di salah sebuah daripada tujuh pulau buatannya di Laut China Selatan telah menimbulkan ketegangan di rantau ini dengan pertindihan kepentingan wilayah dan ekonomi dengan lima buah negara lain.


Kedudukan Fiery Cross Reef , pembangunan di pulau buatan itu menimbulkan ketegangan

Terumbu Fiery Cross dilengkapi dengan landasan kapal terbang

 (Bloomberg.com)

No comments: