Wednesday, February 3, 2016

JEPUN DEDAH PESAWAT PEJUANG STEALTH PERTAMANYA

Hanya sebuah sahaja prototaip X2 dihasilkan

Jepun pada Khamis 2016 telah mendedahkan jet pejuang stealth yang pertamanya, kata pegawai, dengan penerbangan ujian pertama dirancang pada bulan depan.

Agensi pemerolehan Kementerian Pertahanan Jepun  telah menunjukkan  radar- dodging buatan tempatan untuk pesawat pejuang X-2 di lapangan terbang regional berhampiran dengan pusat bandar Komaki.

Penerbangan pertama dijadualkan pada pertengahan bulan Februari 2016 sebelum penghantaran untuk Kementerian Pertahanan pada akhir Mac tahun depan, menurut agensi tersebut. 

Pesawat  X-2, (pesawat pejuang generasi ke 5) yang dibangunkan oleh Mitsubishi Heavy Industries, berukuran 14.2 meter (47 kaki) panjang dan 9.1 meter lebar dan dibina sebagai pengganti kepada jet pejuang F-2  yang dibangunkan bersama dengan Amerika Syarikat.



Pada masa ini, hanya Amerika Syarikat, Rusia dan China telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai negara yang telah berjaya membangunkan dan menerbangkan pesawat pejuang stealth, kata agensi itu.

Jepun telah dilaporkan membelanjakan kira-kira ¥ 39.4 billion yen (USD 332 juta) untuk membangunkan pesawat tersebut.

Syarikat Lockheed-Martin dikatakan terlibat dalam pembangunan prototaip X-2.  Larangan Amerika kepada pembuat pesawatnya daripada menjual pesawat pejuang stealth F-22 Raptor kepada Jepun pada 2000-an, menyebabkan industri pertahanan Tokyo untuk memulakan pembangunan X-2.

Sebelum ini pada tahun 2011, Jepun telah memilih untuk mendapatkan 42 unit pesawat pejuang  F-35 Lightning II Joint Strike Fighters, di mana pesawat pertama dijadual tiba pada akhir 2016.  

Perolehan F-35 Joint Strike Fighter adalah merupakan penyelesaian sementara sehingga Tokyo boleh menghasilkan sendiri pejuang generasi kelimanya.  
  

Kejayaan membangunkan Pesawat pejuang stealth X2 (F3), ini  merupakan mercu tanda pembangunan  negara matahari terbit itu selepas dihalang daripada membangunkan pesawat sendiri berikutan kekalahannya dalam Perang Dunia ke II

sumber : Tankler.com & The Diplomat 

No comments: