MD 530G dengan sistem persenjataan |
MDHI akan menyampaikan 2 buah helikopter tersebut kepada Malaysian Army Aviation, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), bermula pada suku keempat tahun 2016, dan melengkapkan sepenuhnya penghantaran tersebut pada penghujung suku pertama 2017
Helikopter ini akan dikendalikan bersama oleh TUDM dan Tentera darat, dijangka akan ditempatkan di ESSCOM selepas di terima.
Ianya bertujuan untuk melaksanakan misi serangan, risikan, pengawasan dan tinjauan serta keselamatan dalam peranannya menyokong operasi tentera di sana.
Dibina sebagai helikopter peninjau/penyerang yang tangkas dan berkebolehan, “Little Birds” mempunyai kelajuan maksimum 130 knot (240 kmsj) dengan jarak penerbangan 426 km.
Ia mampu terbang selama dua setengah jam jika dilengkapi tangki tambahan (tangki tambahan mampu membawa 35 gelen bahan api yang membolehkan pesawat terbang dengan tempoh tambahan sejam).
konfigurasi senjata |
Enam helikopter ini turut dilengkapi pakej persenjataan tersuai (customized), kemampuan komunikasi termaju dan peralatan pengesan terkini untuk mengecam dan bertempur dengan pelbagai jenis ancaman.
Ketua Pegawai Eksekutif MD Helicopters, Lynn Tilton berkata syarikatnya komited untuk membantu mengangkat kemampuan syarikat tempatan dari sudut perkhidmatan jangka panjang, sokongan dan keberkesanan operasi angkatan itu.
Kawasan ESSCOM meliputi pesisiran pantai sepanjang 1,400 km dari Kudat ke Tawau. Ia diwujudkan selepas pencerobohan Suluk dari selatan Filipina pada 2013.
sumber :
freemalaysiatoday.com
Khairul Nizam Khairani's Blog
No comments:
Post a Comment