KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac ini dijangka menarik penyertaan yang lebih tinggi berbanding penganjuran sebelum ini.
Lebih 30 panglima tentera laut negara asing dan 20 kapal perang mengesahkan penyertaan mereka dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 ini.
Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding LIMA 2015 yang dihadiri 18 orang panglima tentera laut negara asing.
“LIMA kali ini adalah lebih hebat dan meriah berbanding 2015 kerana jumlah penyertaan dan aset pameran yang lebih tinggi. Setakat ini dijangka sebanyak 550 syarikat pempamer daripada 38 negara akan menyertai LIMA 2017.
“Peningkatan tersebut secara tidak langsung membuktikan hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM di sini hari ini.
sumber
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment