Kapal selam KD Tun Razak yang akan menjalani program refit |
Memiliki kapal selam merupakan impian bagi tentera laut sesebuah negara. Ini kerana ia merupakan aset yang ampuh dan mempu menimbulkan rasa gerun musuh untuk menceroboh perairan negara.
Bagi Malaysia adakah dengan hanya memiliki dua kapal selam sudah mencukupi. Bagaimana tahap siap siaga kita, jika salah sebuah perlu menjalani kerja-kerja penyelenggaraan.
Buat masa ini KD Tunku Abdul Rahman sedang menjalani program refit (penyelenggaraan)
Manakala kerja penyelenggaraan (overhaul) kapal selam Scorpene kedua Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu, KD Tun Razak dijangka bermula pada bulan Jun tahun ini
Ini bermakna bahawa TLDM hanya akan mengendalikan satu kapal selam sehingga akhir 2019, yang menunjukkan kekangan atau limit jika hanya mempunyai dua kapal selam dalam armada .
Kerja -kerja ini akan bermula selepas kapal selam pertama, KD Tunku Abdul Rahman, yang memasuki peringkat penyelenggaraan (overhaul) pada bulan November 2015, kembali beroperasi secara aktif dengan armada pada akhir tahun ini bagi membolehkan KD Tun Razak pula menjalani program refit.

Memandangkan tempoh masa penyelenggaraan setiap kapal selam adalah lebih kurang 19 bulan, ini bermakna bahawa selama tiga tahun TLDM hanya akan mempunyai satu kapal selam tersedia untuk beroperasi dalam keadaan yang terbaik.
Pada bulan November 2015, TLDM menandatangani dua kontrak bernilai $ 187 juta dan $ 102 juta masing-masing kepada Boustead DCNS Naval Corporation, untuk kerja-kerja membaik pulih ini.
Kapal selam kekal sebagai aset penting, dimana rancangan '15 -to-5 'fleet dikeluarkan pada 2016, bertujuan untuk menyelaraskan kelas kapal utama di TLDM ke lima jenis, dan kapal selam tersenarai sebagai salah satu dari kelas ini.
Selain itu, pelan ini mencadangkan tambahan dua kapal selam untuk memberikan TLDM sebanyak empat buah. Walau bagaimanapun, ia perlu diingat bahawa pelan '15 -to-5 ' mewakili matlamat tentera laut dan bukannya suatu pelan dengan tempoh masa yang ditetapkan dan peruntukan belanjawan tertentu.
Disebabkan oleh kekangan kewangan yang dihadapi oleh Malaysia, susut nilai mata wang negara yang berterusan dan kos kapal selam yang meningkat, armada yang ideal seperti empat kapal selam tidak mungkin dapat direalisasikan pada masa yang terdekat ini.
Kekangan ini amat terasa sehingga akhir 2019, dimana TLDM hanya mempunyai sebuah kapal selam yang beroperasi untuk menjaga perairan negara.
Sumber
Shephardmedia.com
No comments:
Post a Comment