Wednesday, February 1, 2017

HASRAT PEMBELIAN KAPAL SELAM DARI CHINA OLEH TENTERA LAUT THAILAND TERCAPAI

Hasrat Thailand untuk beli kapal selam kini tercapai
BANGKOK 25 Jan. – Kerajaan junta Thailand meluluskan pembelian kapal selam bernilai AS$380 juta (RM1.6 bilion) dari China selepas menangguhkan usaha itu pada tahun lalu.

Tahun lalu, pembelian kapal selam itu mendapat kritikan orang ramai dan persoalan sama ada Thailand benar-benar memerlukan kapal selam atau pun tidak.

Pembelian itu memperlihatkan hubungan yang semakin kukuh antara China dengan Thailand, sekutu lama Amerika Syarikat (AS), sebelum berlakunya rampasan kuasa.

China menjadi kuasa besar dunia pertama mengiktiraf kerajaan junta selepas rampasan kuasa pada tahun 2014 manakala Amerika Syarikat pula bertindak membeku bantuan kententeraan bernilai AS$4.7 juta dan beberapa perjanjian keselamatan berikutan peristiwa itu.

Menurut jurucakap Tentera Laut Thailand, Laksamana Jumpol Loompikanon, proses run­dingan hampir dimuktamad dan bajet telah diperuntukkan untuk membeli kapal selam berkenaan selama lebih enam tahun

"Tahun ini, kami pasti akan menandatangani perjanjian dengan china kerana budget kerajaan mencukupi," kata Jumpol

Menurut Jumpol, kapal selam tersebut membolehkan tentera laut mempelajari teknik dan bagaimana kapal selam musuh boleh digunakan menentang Thailand.

Pembelian kapal selam pertama akan menelan kos jauh lebih tinggi daripada dua yang lain yang akan dibeli kemudian, kerana 13.5 billion baht juga akan menampung kos sistem senjata, kursus latihan untuk krew, lawatan oleh personel dari China dan pelbagai kos penyelenggaraan, kata ACM Jompol lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Jeneral Chatudom Thittasari berkata, Thailand juga memperuntukkan sejumlah AS$57 juta (RM250 juta) selama tiga tahun untuk membeli kereta kebal dan kenderaan tambahan.


Norinco VT4 (MBT-3000) pembelian tambahan dilakukan
Thailand turut membeli 10 buah kereta kebal dan kenderaan tambahan dari China, sebagai tambahan kepada 28 kereta kebal utama yang ditempah pada tahun lalu.

Keselamatan maritim adalah perkara besar yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara terutamanya melibatkan tuntutan Laut China Selatan, tetapi Thailand tidak campur tangan dalam isu berkenaan. -

REUTERS


No comments: